Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Chee Chuan Khor Betong lawat PDK Betong





Caption: UNTUK ALBUM...Own (kiri sekali), Dayang (tengah), Jocelyn (dua kiri) dan Yeo (dua kanan) ketika merakamkan gambar kenangan bersama pelatih OKU di PDK Betong.

Fact n Pix by Jackson Nyelang Thomas

BETONG, Jumaat (15 Julai) –Persatuan Chee Chuan Khor (Moral Uplifting Society) Betong telah menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kepada 20 orang pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Betong baru-baru ini.

Unit Kebajikan Persatuan Chee Chuan Khor Betong, Kanselor Own Chin Joo ketika berucap dalam majlis itu memberitahu sumbangan terbabit disampaikan bersempena dengan lawatan pihak persatuan ke pusat pemulihan berkenaan.

“Menerusi lawatan ini pihak kita mengambil kesempatan untuk memberi sedikit sumbangan kepada pelatih OKU disamping merapatkan lagi hubungan antara semua pihak,” katanya.

Kata Own amalan pemberian sumbangan kepada pelatih OKU terbabit adalah merupakan aktiviti tahunan pihak Chee Chuan Khor Betong bersempena dengan sambutan perayaan utama dalam negeri ini.


Ia menurut beliau secara tidak langsung membolehkan pihaknya menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan terhadap golongan yang amat memerlukan terutamanya kanak-kanak di PDK Betong ini

“Justeru saya berharap agar sumbangan pihak Chee Chuan Khor ini boleh dijadikan sebagai satu ikutan kepada mana-mana persatuan dalam bandar ini untuk tampil membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya.


Hadir sama ialah pengerusi dan setiausaha persatuan itu, Yeo Teck Hing dan Thian Kwet Fah, Pegawai Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong, Jocelyn Ahok dan Penyelaras PDK JKMB Betong, Dayang Norfitri.

Tamat.

1 comment:

  1. ukai Jackson Nyelang Thomas - Jackson Nyelang Pengiran @ Engkarung Ribai engkah ba 'Fact n Pix by' tq bos...

    ReplyDelete