PANTU, Isnin (2 Mei) – Seorang Warga Emas perempuan dari kawasan Pantu disahkan meninggal dunia setelah dia pengsan di bilik dalam kawasan rumah panjang mereka pada waktu malam hari Jumaat lepas.
Kisah dipercayai bermula sekitar jam 8 malam apabila suami kepada mendiang berkenaan pergi rumah anak lelakinya dalam kampung yang sama untuk menguruskan perkara tertentu.
“Ketika ditinggalkan oleh suami, sepasang suami isteri yang tinggal di bilik sebelah dalam rumah panjang itu kemudiannya terdengar bunyi berdentum di bilik mendiang tersebut.
“Pasangan suami isteri tersebut terus bergegas untuk memeriksa bilik mendiang dan mendapati Warga Emas perempuan itu sudah pun terbaring di atas ruang lantai biliknya,” kata sumber.
Anak lelaki kepada mendiang terus bergegas mendapatkan mendiang di bilik rumah panjang beliau setelah mendapat tahu tentang perkara terbabit daripada pasangan suami isteri berkenaan.
Pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Pantu yang datang ke rumah panjang tersebut kemudiannya telah mengesahkan mendiang meninggal dunia setelah didapati pengsan di bilik sendiri.
“Mendiang didapati mempunyai rekod berhubung masalah kesihatan paru-paru. Jenazah mendiang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Pantu sekitar jam 10 pagi kelmarin,” kata sumber.
Tamat.
No comments:
Post a Comment