Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 May, 2011

Hajah Nancy sumbang 13 kerusi roda kepada OKU


Caption: IHSAN KERAJAAN...Hajah Nancy (tengah) bergambar kenangan bersama penerima OKU ketika berlangsungnya majlis itu.

SIMUNJAN, Jumaat (13 Mei) - Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Haji Syukri telah mengadakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Medan Selera Majlis Daerah Simunjan, Pekan Simunjan baru-baru ini.

Majlis yang diilhamkan oleh bekas guru Orang Kelainan Upaya (OKU) Kamaludin bin Mut melalui laman sosial facebooknya adalah bertujuan untuk meluahkan pendapat dan mengemukakan pandangan kepada pemimpin mereka.

Disamping itu majlis ini juga juga bertujuan untuk meluahkan cadangan kepada para pemimpin dalam usaha mereka untuk bersama-sama membawa pembangunan terhadap kawasan Pekan Simunjan.

Dalam ucapan ringkasnya, Hajah Nancy telah melahirkan rasa amat gembira kerana dijemput untuk mendengar permasalahan rakyat secara santai bertempat di gerai berkenaan.

Beliau menambah perjumpaan seperti ini adalah salah satu cara terbaik untuk bertemu rakyat dan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan ekonomi para peniaga di kawasan tersebut. 

Untuk menunaikan hajat dan mendengar luahan orang ramai yang datang, Hajah Nancy meluangkan masa bertemu mereka di setiap meja dan gerai.

Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 200 orang yang mengunjungi gerai-gerai di Medan Selera berkenaan termasuk ketua-ketua masyarakat dan pegawai-pegawai kerajaan.

Pada Majlis itu juga Hajah Nancy berkesempatan untuk menyampaikan 12 buah kerusi roda kepada OKU.

Tamat.

No comments:

Post a Comment