Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 May, 2011

Sri Aman jadi tuan rumah sambutan Hari PPWS Ke-49


Caption: RASMI...Toh Puan Hajah Norkiah (tiga kanan) ketika bersama tetamu khas pada majlis itu antaranya ialah (dari kanan sekali) Khadijah, Simoi, Nancy, Masir, Felicia dan Aisah.


SRI AMAN, Selasa (10 Mei) – Sri Aman telah menjadi tuan rumah bagi tujuan sambutan Hari Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Peringkat Negeri Sarawak Ke-49 bermula dari 6 hingga 7 Mei lepas.

Jurucakap penganjur ketika dihubungi berkata lebih daripada 60 orang delegasi atau perwakilan PPWS dari seluruh cawangan negeri Sarawak berkampung di Bandar Sri Aman bagi tujuan itu.

“Sambutan Hari PPWS Peringkat Negeri Sarawak Ke-49 pada hari pertama (6 Mei) telah dijayakan dengan sesi Mesyuarat Agong PPWS yang disempurnakan oleh pengerusinya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Hajah Nancy Syukri di Hotel Hoover Sri Aman,” katanya.

Pada 7 Mei pula, para delegasi PPWS dari seluruh cawangan negeri Sarawak yang diketuai oleh Hajah Nancy telah berkesempatan untuk melawat pesakit di Hospital Bahagian Sri Aman sekitar jam 9 pagi.

Program tersebut kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi lawatan oleh isteri Yang Dipertua Negeri iaitu Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah ke Rumah Kanak-Kanak (RKK) Datuk Ajibah Abol Sri Aman pada waktu tengaharinya pula.

Kemuncak Sambutan Hari PPWS Peringkat Negeri Sarawak Ke-49 ini diakhiri dengan majlis makan malam di Dewan Suarah Sri Aman yang disempurnakan oleh Toh Puan Hajah Norkiah.

Majlis juga turut diserikan dengan upacara memotong nasi kuning oleh beliau selaku penaung PPWS Sarawak sambil disaksikan oleh para tetamu undangan khas yang lain pada malam itu.

Hadir sama ialah Hajah Nancy, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Peri, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, Timbalan Pengerusi PPWS Sarawak, Aisah Idris dan Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Nur Khadijah Abdullah.

Tamat.


No comments:

Post a Comment