Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 May, 2011

16 anggota polis sertai Kursus Pemanduan Lesen


Caption: UNTUK ALBUM....Firdaus (tiga kiri) bergambar kenangan bersama Inspektor Fadleezam (tengah) dan para peserta Kursus Pemanduan Lesen PDRM Siri 5 / 2011 di IPD Betong baru-baru ini.

BETONG, Sabtu (14 Mei) – Seramai 16 orang anggota polis mengambil bahagian dalam Kursus Pemanduan Lesen Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 5 / 2011 di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung selama empat hari ini itu telah dikendalikan oleh empat orang tenaga pengajar dari cawangan pengangkutan Ibupejabat Polis Kontinjen Kuching yang iaitu Sarjan Johnson, Kopral Hamdan, Kopral David dan Lans Kopral Takuk.

Menerusi kursus terbabit para peserta telah didedahkan dengan cara pemanduan berkhemah dan tatacara pemanduan yang betul ketika melaksanakan tugas rondaan serta banyak lagi.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Betong, DSP Bukhori Saffai menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Pegawai Penyiasat IPD Betong, Inspektor Firdaus bin Ramli berharap agar kursus itu dapat mengurangkan kebergantungan anggota terhadap cawangan pengangkutan selepas ini.

“Kursus ini amat wajar sejajar dengan tuntutan tugas anggota polis terutama sekali di daerah kecil ini disamping menyediakan infrastruktur kemanusiaan yang terlatih dalam pemanduan.

“Justeru saya menyeru kepada semua anggota IPD Betong untuk menggunakan kelebihan dan kemahiran yang telah mereka perolehi menerusi kursus ini  mempertingkat mutu perkhidmatan kita terhadap rakyat,” katanya.

Beliau menerusi ucapannya juga turut menambah bahawa setiap anggota perlulah lebih cekap dan efektif dalam melaksanakan tugas harian masing-masing dan tidak menyalahgunakan lesen pemanduan untuk kepentingan peribadi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment