Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2011

Mohd Hanapaih bersara dari RISDA Betong



Caption: SELAMAT BERSARA...Rizal (kanan) menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Hanapaih ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

Adiey Safarman

SARATOK, Jumaat (20 Mei) – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA Bahagian Betong telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang untuk meraikan persaraan seorang kakitangan mereka iaitu Haji Mohd Hanapaih bin Ayub kelmarin.

Hanapiah, 58, yang telah mencurahkan bakti terhadap RISDA Bahagian Betong bermula dari tahun 2008 iaitu sejak pertama kali beliau menjejakkan kaki di negeri ini telah bersara dari perkhidmatannya pada 14 April lepas.

“Seramai 40 kakitangan dan tetamu jemputan RISDA Bahagian Betong hadir sama bagi meraikan majlis persaraan Hanapaih yang telah berkhidmat selama 37 tahun sebelum beliau menjadi kakitangan pertama yang bersara untuk RISDA di negeri ini.

“Justeru Majlis Jasamu Dikenang ini diadakan bagi mengenang jasa Hanapaih untuk selama tiga tahun beliau mengetahui petadbiran pejabat RISDA Bahagian Betong,” menurut jurucakap majlis iaitu Adiey Safarman.

Sementara Hanapaih ketika berucap pada majlis itu berkata ilmu pengurusan ‘catch the right, don’t catch the wrong’ telah menjadi formula utama beliau untuk memimpin RISDA Bahagian Betong.

Menurut beliau ilmu pengurusan berkenaan amat penting bagi menekankan kejayaan yang baik perlu disebar luas dan dihargai manakala perkara yang buruk dilindungi untuk dibaiki oleh individu itu sendiri.

“Perbanyakkan program berbentuk keilmuan dan keagamaan bagi membentuk jatidiri dan sahsiah disamping meneruskan amalan nasihat-menasihati antara satu sama lain,” katanya sambil meluahkan rasa terharu kepada kerjasama kakitangan RISDA Betong kerana mengadakan majlis persaraan untuknya.

Pegawai RISDA Bahagian Betong, Muhd Rizal bin Ahmad telah menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai tanda penghargaan sambil disaksikan oleh Timbalan Pegawai RISDA Bahagian Betong iaitu Mazlan bin Ismail bersama kakitangan dan para jemputan lain.

Terdahulu Hanapaih sebelum ini pernah bertugas di beberapa bahagian Ibu Pejabat RISDA antaranya ialah di Bahagian Pentadbiran, kewangan dan belanjawan, Pengembangan dan Audit Dalaman sebelum beliau dipindahkan ke Sarawak pada tahun 2008.

Tamat.

1 comment:

  1. salam... sy staff baru yang akan melaporkan diri di prb betong.. boleh tlg tak berkaitan penginapan??
    0136212091

    ReplyDelete