Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 May, 2011

Acara untuk Program Fiesta Belia dibuka mulai sekarang sebelum 14 Mei ini


Mugshot: AWANG MAGERIB AWANG AINE


SRI AMAN, Selasa (10 Mei) – Bandar Sri Aman bakal dimeriahkan lagi dengan Program Fiesta Belia 2011 bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam bertempat di Mini Stadium Sri Aman pada 15 Mei ini.

Program Fiesta Belia 2011 anjuran Kelab Belia Bersatu Batang Lupar Sri Aman (KEBAS) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Belia Peringkat Bahagian Sri Aman yang berlangsung serentak pada hari itu.

Jurucakap penganjur, Awang Magerib Awang Anie ketika ditemui Utusan Sarawak memberitahu sejumlah tujuh kategori acara akan diadakan bagi memeriahkan program tersebut.

“Tujuh acara berkenaan ialah Pertandingan Dam (Kategori A : Umur Bebas), Karem ( Kategori B : Umur Bebas), Permainan Alatan Video PS2 Liga Bola Sepak (Kategori C : Umur Bebas), Bintang Idol Belia (Kategori D : 16 Hingga 45 Tahun), Ratu Belia (Kategori E : Wanita 16 Hingga 45 Tahun), Pidato Belia (Kategori F : 16 Hingga 45 Tahun) dan Persembahan Kebudayaan (Kategori G).

“Pihak kami menjangkakan acara Kategori C iaitu Permainan Alatan Video PS2 Liga Bola Sepak akan mendapat sambutan paling tinggi pada program itu iaitu dengan sasaran penyertaan seramai 100 orang peserta,” katanya.

Kategori G bagi program terbabit (Persembahan Kebudayaan) katanya adalah merupakan acara bagi memeriahkan suasana majlis dengan adanya persembahan tarian poco-poco, hip-hop, lagu dan tarian.

Dengan bayaran berjumlah RM10 (kecuali Kategori F) seorang kata Awang, mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 014-8763123, Sulaiman Amut di talian 013– 8035800 dan Noreduan Ahmad di talian 017-8506433 untuk tujuan pertanyaan lanjut dan borang penyertaan.

“Tarikh tutup penyertaan dan cabutan undi akan diadakan bermula jam 5 petang pada 14 Mei ini bertempat di Mini Stadium Sri Aman. Hadiah berupa wang tunai dan hamper hanya diperuntuk kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga,” katanya.

Justeru orang ramai dijemput untuk menyaksikan pelbagai program menarik yang akan diadakan bersempena dengan sambutan Program Fiesta Belia 2011 itu nanti di lokasi dan masa yang dinyatakan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment