Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 May, 2011

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sri Aman anjur latihan simulasi



Caption:
1. KERJASAMA...Para anggota JPAM sedang mengusung mangsa ketika berlangsungnya simulasi terbabit di Sri Aman.

2. MALANG...Mangsa pergaduhan sedang dibantu oleh anggota JPAM yang mengambil bahagian dalam simulasi tersebut.

Oleh Faizal Abdul Hamid,
JPAM Sri Aman

SRI AMAN, Rabu (4 Mei) – Beberapa ‘kejadian serius’ yang dilaporkan berlaku dalam beberapa buah lokasi di Bandar Sri Aman nyata telah mengemparkan penduduk tempatan pada 1 Mei lepas.

Antara ‘kejadian serius’ terbabit adalah kemalangan jalan raya di Stesen Bas Sri Aman, kes pergaduhan di Pasar Tamu, kes mangsa terkena renjatan elektrik di Taman Permainan Mini Stadium dan bot karam di Kampung Hilir.

Mujurlah kejadian serius yang berlaku di kawasan bandar ini sini telah berjaya diselesaikan segera oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Sri Aman yang bertugas dalam empat buah kumpulan iaitu Alfa, Bravo, Charlie dan Delta.

Kejadian bot karam telah dipertanggungjawab kepada kumpulan Alfa bermula jam 8.30 pagi manakala kumpulan Bravo untuk kes pergaduhan, Charlie untuk kes kemalangan dan Delta pula untuk kes renjatan elektrik.

Bagaimanapun kesemua kejadian terbabit adalah merupakan satu simulasi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan para anggota JPAM Daerah Sri Aman ketika menghadapi kejadian seperti itu.

“Ilmu pertahanan awam juga dapat dipratikkan oleh semua anggota menerusi simulasi berkenaan,” kata Pegawai Pertahanan Awam Daerah, JPAM Sri Aman, Staf Kanan (PA) Nur Fikry bin Usop.

Selain itu JPAM Daerah Sri Aman katanya juga telah menerima seramai 167 orang anggota baru menerusi sesi kaunter pengambilan anggota sukarela yang berlangsung di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman pada hari itu.

Kemasukan anggota baru menerusi sesi kaunter pengambilan anggota sukarela in menambah jumlah anggota JPAM Sri Aman iaitu 565 orang sebelum itu berbanding 732 orang anggota pada masa sekarang.

“Ini membuktikan bahawa JPAM mendapat sambutan yang mengalakkan daripada golongan remaja di Sri Aman. Justeru pihak kita akan meneruskan aktiviti seperti ini demi mengelakkan penyertaan lebih ramai penduduk pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa latihan simulasi seperti ini juga akan dapat membuka mata penduduk tempatan tentang peranan dan tanggungjawab yang diberikan oleh JPAM Daerah Sri Aman kepada mereka.

Tamat.

No comments:

Post a Comment