Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 May, 2011

Pesta Benak Sri Aman 2011 : 1 hingga 4 Julai ini



Caption: PENGHARGAAN... Harden (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dawos (kanan) sambil disaksikan oleh Sebli (dua kanan) dan Felicia (tiga kiri) sebaik sahaja selesai sidang media.


SRI AMAN, Selasa (24 Mei) - Bandar Sri Aman dijangka menjadi tumpuan sekurang-kurangnya 40,000 orang pengunjung ketika berlangsungnya sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 bermula 1 hingga 4 Julai ini nanti.


Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Damit berkata Pesta Benak Sri Aman 2011 yang menelan belanja sekitar RM370,000 ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik ketika berlangsungnya sambutan pesta terbabit selama lima hari nanti.


Antara aktiviti terbabit adalah Lumba Benak Berperahu, Regatta, Bazaria dan Promosi Produk, Miss Tourism Benak, Pameran dan Fotografi Benak, Sri Aman Kicthen, Rythm Of 1Malaysia, Benak Idol, Luncuk Benak, Jet Ski, Pentas Kebudayaan, Dekramasi Puisi, Karnival Belia Keusahawaan, Pertandingan Hip Hop 1Malaysia dan banyak lagi.

“Mesyuarat bagi menperhalusi acara-acara Pesta Benak ini dan bajet akan diadakan semula pada 26 Mei kelak,” katanya ketika berlangsung sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sri Aman hari ini.

Selain itu katanya fenomena Air Pasang Raya @ Benak (King Tide) akan mencecah 5.5 meter pada 1 Julai, 5.7 meter pada 2 Julai, 5.9 meter pada 3 Julai dan 6 meter pada 4 Julai nanti.

Kelebihan Pesta Benak Sri Aman 2011 kali ini kata Dawos akan menyaksikan kehebatan empat orang peluncur antarabangsa ketika benak menyusuri Sungai Batang Lupar pada tarikh itu kelak antaranya ialah Anthony Corlas (Perancis), Bruno Andre (Perancis), Eduardo Brayner (Brazil ) dan Fabienne Dortolli (Perancis).

Selain itu Kementerian Pelancongan akan sentiasa membantu pihak Kerajaan Negeri untuk mempromosi pelbagai produk pelancongan yang terdapat dalam negeri ini termasuk Pesta Benak Sri Aman.

“Pihak kementerian sentiasa membantu Kerajaan Negeri dari segi penyaluran peruntukan kewangan dan promosi bagi membantu memperhebatkan produk perlancongan dalam negeri ini,” katanya.


Terdahulu Pesta Benak Sri Aman 2011 akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sekitar jam 10 pagi pada 2 Julai manakala Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Haji Abang Mohammad Salahuddin akan tiba merasmikan acara Regatta pada sebelah petang 2 Julai.

Hadir sama pada sidang media itu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan dan kakitangan kerajaan yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment