1. UNTUK ALBUM...Para guru SK Nangan Klassen bergambar kenangan sebelum bermula upacara memotong kek sempena perayaan Hari Guru 2011.
2. BEGINI....Seorang guru mempamerkan langkah permainannya ketika berlangsung acara sukaneka di SK Nanga Klassen.
Pix n Fact by Kelvin Jason
SRI AMAN, Jumaat (20 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen tidak melepaskan peluang untuk merayakan sambutan Perayaan Hari Guru 2011 yang berlangsung di seluruh negara baru-baru ini.
Siaran akhbar yang diterima daripada sekolah terbabit memberitahu sambutan Hari Guru di SK Nanga Klassen dimulakan dengan acara perhimpunan yang dirasmikan oleh guru besarnya iaitu Masan @ David Renang.
Masan menerusi ucapannya menyeru para guru dan kakitangan SK Nanga Klassen untuk sentiasa mengamalkan sikap saling bekerjasama demi mempertingkatkan tahap kecemerlangan sekolah dari semua aspek.
Faktor ini katanya secara tidak langsung dapat menyahut seruan pihak kementerian untuk mewujudkan sekolah berprestasi tinggi selaras dengan program transformasi kerajaan bagi meningkatkan martabat perguruan di peringkat antarabangsa.
”Guru juga merupakan penyumbang utama bagi membentuk modal insan disamping menjadi agen transformasi pendidikan selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, ” katanya.
Majlis perhimpunan bersempena dengan sambutan perayaan hari guru ini kemudiannya diteruskan lagi dengan acara Sukaneka Hari Guru yang membabitkan para guru, kakitangan sekolah dan murid di padang sekolah berkenaan.
Menurut siaran akhbar itu lagi semua guru dan kakitangan sekolah telah mempamerkan semangat kerjasama yang tinggi dan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara mereka.
”Semoga sambutan Hari Guru pada tahun ini dapat menjadi peransang semangat kepada semua guru untuk bekerja dengan lebih keras lagi demi mendidik anak-anak bangsa untuk sepanjang,” kata kenyataan terbabit.
Tamat.
No comments:
Post a Comment