Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 January, 2009

Simoi lawat kawasan banjir di Stumbin

Caption:
MELAWAT...Simoi (hujung kiri) dan Shamshuddin (hujung kanan) ketika bersama rombongan melawat sebuah kediaman yang dinaiki air di kawasan Stumbin, Linggga hari ini.

SRI AMAN, Rabu (14 Jan) – Jalan Stumbin / Lingga yang meliputi jarak sejauh 69 kilometer dijangka akan dinaikitaraf oleh kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) ini nanti kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Menurut beliau, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang telah memaklumkan perkara itu ketika menjawab persoalan daripadanya mengenai projek naiktaraf jalan raya terbabit pada sidang Dewan Undangan Negeri di Kuching sebelum ini.

“Beliau (Datuk Patinggi Jabu) pada sidang itu telah menyatakan bahawa projek ini kelak bakal dilaksana di bawah RMK10 dan saya berharap agar rakyat di kawasan DUN Lingga ini terus bersabar untuk menunggunya,” kata beliau.

Simoi berkata demikian kepada para pemberita ketika melakukan pemantauan ke kawasan-kawasan banjir terhadap perkampungan dalam kawasan Gran dan Stumbin, Lingga, Sri Aman hari ini.

Selain itu katanya usaha naiktaraf Jalan Stumbin / Lingga adalah merupakan bukan satu usaha yang mudah memandangkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 2006 dahulu telah pun menganggarkan bahawa kos naiktaraf jalan sepanjang 69 kilometer ini menelan belanja puluhan juta ringgit.

“Nilai kos projek naiktaraf terbabit mungkin sudah berubah pada masa sekarang. Namun saya sebagai seorang wakil rakyat di sini akan terus berusaha untuk mendapatkan peruntukkan bagi membolehkan projek naiktaraf Jalan Stumbin / Lingga dilaksana demi kesenangan rakyat dalam kawasan DUN Lingga,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai usaha kerajaan bagi menangani kejadian banjir di kawasan ini, Simoi menjelaskan bahawa kerajaan dengan kerjasama lain-lain agensi kerajaan di daerah ini akan merangka pelan bagi memperbaiki sistem peparitan yang terdapat di kawasan terbabit.

“Salah satu caranya ialah dengan memperbesarkan lagi kedalaman dan lebar saluran peparitan yang terdapat dalam kawasan perkampungan yang sering terdedah terhadap ancaman banjir selama ini,” katanya sambil menasihatkan rakyat untuk sentiasa berjaga-jaga ketika berlakunya cuaca buruk di kawasan masing-masing.

Terdahulu, Simoi sambil diiringi oleh Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Tadbir Sarawak, Zaidi Sarkawi, Jurutera Jabatan Peparitan dan Saliran (DID) Sri Aman, Irwandee Raduan, Jurutera Awam JKR Sri Aman, Nasseruddin Haji Jabar dan Setiausaha Parti Persaka Bumiputera Bersatu cawangan Lingga, Ibrahim Bolhi.

Beliau menerusi aktiviti pemantauan ini turut mendengar penjelasan daripada wakil orang kampung, kakitangan DID Bahagian Sri Aman dan JKR Sri Aman berhubung kejadian banjir yang berlaku di kawasan terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment