Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 January, 2009

Harden berkunjung ke rumah ketua kaum Cina di sri aman




1.UNTUK ALBUM...Harden (duduk tengah) sedang merakamkan gambar kenang-kenangan ketika mengadakan kunjungan ke kediaman Penghulu Lee Shiang Hua di Taman Vistagro kelmarin.

2.PENGHORMATAN...Harden diberi penghormatan oleh Kapitan Tay (dua dari kiri) untuk membakar mercun ketika berlangsungnya kunjungan sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2009 ke rumah kediaman ketua kaum berkenaan kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (29 Jan) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis bersama rombongan yang terdiri daripada ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang telah mengadakan kunjungan Perayaan Tahun Baru Cina 2009 di lima buah rumah masyarakat Cina dalam bandar Sri Aman semalam.

Kunjungan Tahun Baru Cina 2009 oleh beliau yang juga turut disertai oleh Ketua Pergerakan Wanita SUPP Simanggang iaitu Lim Siew Hung ini telah bermula pada jam 11 pagi di kediaman Kapitan Tay Siew Chuan.

Di kediaman Kapitan Tay, Harden telah diberikan penghormatan untuk membakar mercun sebagai tanda kemeriahan suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2009 yang telah berlangsung semenjak 26 Januari lalu.

Setelah meluangkan masa selama 40 minit di kediaman terbabit, Harden bersama rombongan kemudiannya berkunjung ke rumah Penghulu Lee Shiang Hua di Taman Perumahan Vistragro.

Dari kediaman Penghulu Lee, beliau bersama rombongan kemudian telah meneruskan kunjungan ke kediaman Penghulu Sia Kie See di kawasan Sabu, Machu Timber pada jam 1.30 petang.

Sebaik sahaja meluangkan masa hampir sejam di kediaman Penghulu Sia, Harden bersama rombongan kemudiannya meneruskan kunjungan ke kediaman Kapitan Tiong Choon Onn di Taman Sri Wangi, Kejatau.

Kedatangan beliau dan rombongan di kediaman Kapitan Tiong turut disertai oleh Ketua Cawangan Khas Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman iaitu Asistan Superitenden Police (ASP) Melay anak Tinggom.

Setelah beramah-mesra sambil menikmati jamuan makanan sayur-sayuran yang dihidangkan oleh keluarga Kapitan Tiong, Harden bersama rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman Sii Toh Ching pada jam 3.30 petang.

Kehadiran Harden bersama rombongan telah disambut meriah oleh keluarga adik kepada Pemanca Sii Toh Peng ini dengan acara membakar mercun di halaman rumah keluarga terbabit.

Aktiviti kunjungan Harden dan rombongan yang berakhir pada jam 4.50 petang semalam turut diserikan dengan kehadiran Dato Dr Ngu Ngiew Thien di kediaman Sii Toh Cheng ini.

Tamat.

1 comment:

  1. PERATURAN PERTANDINGAN

    1. Nama Pertandingan.

    Pertandingan Futsal Piala YB Datuk Francis Harden Hollis Bahagian Sri Aman 2009

    2. Pengelola.

    Persatuan Bolasepak Bahagian Sri Aman (2001)

    3. Tarikh Pertandingan.

    13-15 Febuari 2009

    4. Tempat Pertandingan.

    Stadium Tertutup, KPSU Sri Aman.

    5. Rasional Pertandingan

    5.1 Pertandingan ini merupakan satu aktiviti tahunan Persatuan Bola Sepak Sri Aman (2001).

    5.2 Pertandingan ini juga diharap dapat memupuk dan menyemai semangat muhibah di kalangan peminat-peminat sukan Futsal di Bahagian. Sri Aman.

    5.3 Pertandingan ini juga akan dapat mengekalkan perpaduan antara masyarakat yang pelbagai kaum.

    5.4 Bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan belia yang sihat dan bebas dari dadah.

    6. Yuran Pertandingan.

    Yuran penyertaan adalah sebanyak RM60.00 untuk satu pasukan. RM 10.00 dari jumlah yuran penyertaan tersebut adalah untuk Yuran Keahlian Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (2001) bagi tahun 2009. Yuran tersebut hendaklah dibayar semasa menghantar borang penyertaan.

    * setiap pemain juga perlu mengisi borong pendaftaran ahli persatuan yang dilampirkan bagi pendaftaran ahli persatuan yang baru.



    6. Peraturan Am.

    Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang permainan FUTSAL FIFA yang berkuatkuasa serta telah diterima oleh FAM.


    7. Peraturan Tambahan.

    Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk menambah peraturan-peraturan, selaras dengan matlamat penganjuran sukan FUTSAL.


    8. Penyertaan dan Pendaftaran Pasukan.

    8.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan Futsal di Bahagian Sri
    Aman. Kelayakan pemain adalah mereka yang berasal dari Bahagian Sri Aman, mereka yang telah bermastautin di Sri Aman dan mereka yang bekerja / belajar di Sri Aman.

    8.2 Pemain hendaklah berumur 16 tahun ke atas dan salinan kad pengenalan
    hendaklah disertakan bersama borang pendaftaran.

    8.3 Setiap pasukan dibenar mendaftar 10 orang pemain dan 2 orang pegawai
    dan pegawai tersebut TIDAK dibenarkan untuk bermain.

    8.4 Setiap pemain hanya dibenar mendaftar dan bermain untuk satu pasukan
    Sahaja.

    9. Format Pertandingan.

    9.1 Pertandingan peringkat awal akan diadakan secara liga kumpulan dan 2 pasukan teratas akan layak ke pusingan seterusnya. Pengiraan mata adalah seperti berikut:-

    Menang = 3 mata Seri = 1 mata Kalah = 0 mata.

    9.2 Jika berlaku mata yang sama penentuan akan berdasarkan perbezaan gol
    iaitu jaringan akan ditolak bolos.Jika perbezaan gol juga sama maka jumlah jaringan akan diambil kira.

    9.2 Pertandingan pusingan seterusnya akan dijalankan dengan sistem kalah
    mati.

    10. Masa Perlawanan.

    Perlawanan akan dijalankan 10 minit dalam separuh masa dan masa penuh
    Perlawanan ialah 20 minit.

    11. Tendangan Penalti.

    Pada pusingan kalah mati, Jika perlawanan seri, tiga (3) orang pemain akan dipilih oleh pasukan masing- masing akan melakukan tendangan penalti. Jika keputusan masih jika seri, maka tendangan penalti ( Sudden Dealth ) akan dijalankan sehingga keputusan diperolehi.

    12. Tanggungjawab Pengurus Pasukan dan Pemain.

    12.1 Semua pemain yang telah didaftarkan dalam pertandingan ini adalah dianggap telah bersetuju untuk mematuhi segala syarat serta disiplin
    sebagai pemain Futsal serta mematuhi segala keputusan yang telah di
    buat oleh Pegawai Perlawanan dan Pihak Penganjur.

    12.2 Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
    semua pemain serta penyokong pasukannya dan sebarang perkara /
    tindakan yang melanggar salah satu syarat dan peraturan maka
    Pengurus dan pasukannya akan diambil tindakan tatatertib yang
    diputuskan oleh jawatankuasa pengelola.

    12.3 Pengurus Pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama 5 pemain
    dan 3 atau 5 pemain simpanan 15 minit sebelum setiap perlawanan
    dimulakan.

    12.4 Masa menunggu bagi memulakan perlawanan ialah 3 minit, sebelum
    Keputusan ‘ walkover’ diisytiharkan oleh pegawai perlawanan.
    Pasukan yang hadir akan diberi kemenangan dengan jaringan 3 – 0
    dan 3 mata.

    12.5 Perlawanan hanya boleh dimulakan jika jumlah pemain dalam pasukan
    tidak kurang dari 4 orang. Jika pemain masih tidak mencukupi sehingga-
    tamat waktu menunggu maka syarat 12.4 akan digunapakai.

    12.6 Pihak pengelola tidak bertanggungjawab di atas kecederaan dan sebarang kerugian terhadap pasukan dan pemain semasa dan selepas pertandingan ini.

    13. Kelengkapan Pemain.

    13.1 Semua pemain diwajibkan menggunakan “Shin Guard”

    13.2 Pemain dikehendaki memakai jersi bernombor dan nombor jersi
    hendaklah dikekalkan sehingga tamat pertandingan.

    13.2 Pemain dikehendaki memakai kasut yang sesuai untuk permainan Futsal
    dan tapaknya diperbuat dari getah.


    14. Penangguhan dan Pemberhentian Perlawanan..

    Jika pegawai Perlawanan berpendapat gelanggang tidak sesuai untuk perlawanan
    atau atas sebab keselamatan perlawanan akan ditangguhkan dan keputusan
    seterusnya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

    15. Hadiah Pertandingan.

    Hadiah akan disediakan untuk Johan dan Naib Johan Sahaja
    Johan – Wang Tunai RM500/Piala/Madel
    Naib Johan – Wang Tunai RM300/Piala/Madel

    16 Tarikh Tutup Penyertaan

    06.02.2009 Jam 2.30 Petang

    17. Mesyuarat Pengurus Pasukan.

    06.02.2009 Jam 2.30 Petang (Rumah MAKSAK Bahagian Sri Aman)

    18. Borang Penyertaan
    Borang yang hendak digunapakai adalah borang yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan dan mempunyai Cop Asal Persatuan. Mana-mana borang yang tidak mempunyai Cop Asal Persatuan akan ditolak. Penyertaan adalah terhad kepada 32 Pasukan Sahaja.

    Borang penyertaan boleh didapati daripada Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman
    En Zaidil bin Haji Ripin 0138355673
    Alamat
    Pejabat JASA Bahagian Sri Aman

    Majlis Penyampaian Hadiah akan disempurnakan oleh YB Datuk Francis Harden Menteri Muda Kemajuan Tanah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman

    ReplyDelete