
SANGGUP BERKORBAN...Para guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman sedang membantu para murid sekolah terbabit meredah laluan jalan raya berhampiran Jambatan Sungai Tatai yang telah ditenggelami banjir sedalam dua kaki pada hari Ahad lalu ketika dalam perjalanan pulang ke sekolah berkenaan semalam. Hujan lebat yang turun semenjak beberapa hari lalu telah menyebabkan air dari sungai terbabit melimpah ke kawasan jalan dan sekaligus menyebabkan perhubungan di kawasan terbabit terputus buat sementara waktu. Foto ini telah disumbangkan kepada Utusan Sarawak oleh seorang guru dari sekolah terbabit iaitu Gloria Olin. Foto:GLORIA OLIN
No comments:
Post a Comment