SRI AMAN, Khamis (15 Jan) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) akan mengadakan program kutipan sampah pukal / berat bermula 19 hingga 25 Januari ini di beberapa buah lokasi tertentu dalam bandar Sri Aman.
Setiausaha MDSA, Jack Aman Luat menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini menjelaskan program ini akan berlangsung di 10 buah lokasi dalam bandar Sri Aman bermula dari tarikh yang dinyatakan.
10 buah lokasi terbabit kata beliau adalah Jalan Pasir Panas Lorong 1, Jalan Pasir Panas Lorong 2, Jalan Bayu (dekat simpang Taman Nanang), Taman Vistagro, Jalan Foochow (dekat persatuan Buddist), Jalan Kejatau (simpang Jalan Langsat), Jalan Brayun (dekat Benevolent Society), simpang Taman Harmoni, Sabu Light Industrial Zone (dekat Feeway Motor) dan Taman Makmur, Off Jalan Bayu.
“Program kutipan sampah pukal / berat yang diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2009 ini akan melibatkan bahan buangan isi rumah seperti perabot lama, peti sejuk, mesin basuh, almari dan sebagainya.
“Justeru untuk menjayakan program ini orang ramai perlulah membuang sampah masing-masing di setiap tong sampah besar jenis Bulk Bin dan Roro Bin yang disediakan di 10 buah lokasi terbabit bermula dari tarikh yang dinyatakan,” katanya.
Jack menerusi kenyataan terbabit juga turut menambah bahawa program ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan tahap kebersihan dalam bandar ini dari masa ke semasa.
“Atas kesempatan ini pihak kami di MDSA terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama anda (penduduk) semua dalam menjayakan program ini kelak,” katanya sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2009 kepada semua kaum Cina di bandar ini.
Tamat

No comments:
Post a Comment