Caption: SERIUS...Leonard sedang menyampaikan nasihatnya kepada para murid ketika berlangsungnya sesi perhimpunan pertama SK Selanjan Pantu baru-baru ini.
SRI AMAN, Jumaat (9 jan) – Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan, Pantu, Leonard Libau mengingatkan para murid sekolah itu untuk terus berdisplin ketika menempuhi sesi pembelajaran dari masa ke semasa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Perhimpunan Pertama Murid SK Selanjan, bertempat di dewan sekolah berkenaan dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.
Sikap berdisplin menurut Leonard adalah amat penting bagi membolehkan para murid itu sendiri memberikan fokus terhadap sesi pembelajaran disamping lebih serius terhadap pengajaran para guru di kelas masing-masing.
“Faktor disiplin itu cukup penting lebih-lebih lagi terhadap semua murid tahun 6 sekolah ini yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk hujung tahun ini kelak.
“Atas sebab ini adalah cukup penting untuk semua murid SK Selanjan terutama murid tahun 6 untuk terus berdisplin ketika mengharungi sesi pembelajaran di kelas masing-masing untuk sepanjang masa,” katanya.
Selain itu Leonard juga turut menasihatkan semua murid sekolah berkenaan untuk menjaga nama baik sekolah dengan tidak melakukan pelbagai aktiviti kurang bermoral di dalam dan luar sekolah.
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kurang bermoral jelas beliau dikhuatiri akan mengugat prestasi kecemerlangan akademik murid-murid itu sendiri dan seterusnya menimbulkan tanggapan negatif penduduk terhadap sekolah terbabit.
“SK Selanjan akan terus diyakini oleh ibubapa di sekitar kawasan daerah ini sekiranya semua murid tidak melakukan sebarang aktiviti kurang elok yang boleh mencemari nama sekolah.
“Justeru saya berharap agar semua murid sekolah ini untuk memberikan perhatian lebih serius terhadap sesi pembelajaran masing-masing demi mempertingkat prestasi akademik sekolah ini,” katanya.
Tamat

No comments:
Post a Comment