Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 May, 2011

Pertandingan Kumang, Dayung Skora dan Keligit Peringkat Betong pada 20 Mei ini


Caption: MENARIK...Suasana sambutan Gawai Dayak di Betong bakal dimeriahkan dengan Pertandingan Kumang, Dayung Skora dan Keligit berpandukan kepada iklan itu.


SRI AMAN, Sabtu (30 April) - Gadis berketurunan Iban, Bidayuh dan Orang Ulu dipelawa untuk menyertai Pertandingan Kumang, Dayung Skora dan Keligit yang diadakan bersempena sambutan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong pada 20 Mei ini.

Ketua publisitinya, Flaurine Engkamat menerusi siaran media hari ini berkata pertandingan terbabit dibuka kepada semua wanita Iban, Bidayuh dan Orang Ulu yang berusia antara 18 hingga 30 tahun dari Bahagian Betong.

“Pertandingan ini terbahagi kepada kategori Kumang, Dayung Skora dan Keligit. Juara bagi setiap kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000 beserta dengan piala, hamper dan jambangan bunga.

“Manakala itu pemenang kedudukan tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori itu menerima hadiah wang tunai RM800 dan RM600 berserta dengan piala hamper dan juga jambangan bunga,” katanya.

Flaurine turut menambah bahawa juara bagi setiap kategori akan menerima selendang Kumang / Dayung Skora / Keligit Gawai 2011 manakala peserta lain pula akan menerima hadiah saguhati bernilai RM300, hamper dan jambangan bunga.

“Justeru mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dengan menghubungi Juliana Bedus (019-8689468), Sulan Tang (019-4861005),  Roslind Ginjah (014-8761349) dan saya (013-8296947) mulai sekarang.

“Borang yang telah lengkap diisi beserta dengan bayaran bernilai RM30, gambar saiz 3R atau poskad (3 keping) dan salinan MyKad itu hendaklah dihantar ke pihak komiti kecil penganjur di JKR Bahagian Betong sebelum atau pada 11 Mei ini menjelang jam 12.00 tengahari,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment