Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 May, 2011

Bangunan baru Giatmara Lubok Antu bakal siap tak lama lagi


Caption: TERIMALAH...Nyalau (dua kiri) menyampaikan cek MRP bernilai RM10,000 kepada wakil SK Skarok (kanan) sambil disaksikan Tr Johnson Tampa dan tetamu khas yang lain pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Isnin (2 Mei) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak optimis bahawa kawasan parlimen bakal melahirkan lebih ramai pelajar cerdik di masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau 2011 anjuran Bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Ai, Lubok Antu di dewan makan sekolah itu baru-baru ini.

Katanya bangunan terbaru Pusat Giatmara Lubok Antu sedang dalam proses pembinaan di simpang jalan masuk menuju Rumah Panjang Unah Sukong dan dijangka siap tidak lama lagi.

“Buat masa sekarang pihak terbabit (Pusat Giatmara) terpaksa menjalankan operasinya di bekas Gedung Padi dalam Pekan Lubok Antu sementara menanti bangunan baru berkenaan siap dibina.

“Jika bangunan baru ini siap kelak maka ia bakal menjadi kebangsaan buat penduduk di sini. Bukan itu sahaja malah ia secara tidak langsung akan dapat menyumbang kepada kelahiran lebih ramai golongan cerdik pandai disini pada masa akan datang,” katanya tanpa menyatakan kos pembinaan tersebut.

Justeru pembinaan bangunan baru Pusat Giatmara ini nanti katanya akan memberi kelebihan terhadap pelajar Lubok Antu yang gagal melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas ini.

“Golongan terbabit boleh memberi fokus terhadap bidang kemahiran tangan di Pusat Giatmara di sini tanpa perlu menyambung latihan kemahiran terbabit di Giatmara, Kuching,” tambah beliau.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada pihak PIBG SK Batang Ai, Lubok Antu.

Tamat….


No comments:

Post a Comment