Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 May, 2011

Agro Bank di Lubok Antu akan beroperasi mulai Julai ini


Caption: TERLAKSANA...Nyalau (kiri) menyerahkan sijil Permit Kelulusan Penempatan kepada Syed (kanan) di hadapan bakal bangunan pusat Agro Bank cawangan Lubok Antu sambil disaksikan oleh hadirin yang lain.


LUBOK ANTU, Selasa (10 Mei) – Urusan perbankan penduduk di kawasan Lubok Antu akan menjadi lebih mudah apabila pihak Agro Bank bakal menubuhkan cawangannya di pekan terbabit dalam masa terdekat ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata kerja pengubahsuaian sebuah kedai baru di Pekan Lubok Antu kini sedang giat dilaksanakan sebelum operasinya dijangka bermula pada akhir bulan Jun ini.

“Kerja mengubahsuai kedai baru bagi tujuan operasi Agro Bank terbabit akan mengambil masa selama enam minggu dan sekiranya kerja ini berjalan dengan lancar maka bank terbabit boleh memulakan operasinya pada akhir bulan Jun ini,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tentang perkembangan pembukaan cawangan Agro Bank di Pekan Lubok Antu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Daerah Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu kata Nyalau, Agro Bank ini akan membolehkan penduduk Lubok Antu melakukan urusan penyimpanan wang dan mengirim wang belanja anak-anak yang menuntut di luar kawasan daerah itu dengan lebih mudah.

Malah Agro Bank yang turut menawarkan kemudahan mesin ATM dan MEPS itu nanti katanya akan membolehkan kakitangan kerajaan menerima gaji mereka di situ apabila ia sudah beroperasi kelak.

“Ini adalah merupakan hasil usaha saya dalam memohon kemudahan bank di Pekan Lubok Antu menerusi Sidang Dewan Rakyat semenjak menjadi wakil rakyat Parlimen Lubok Antu.

“Justeru penduduk Lubok Antu tidak perlu turun ke Betong atau Sri Aman untuk tujuan perbankan selepas ini,” katanya sambil menambah lima orang kakitangan yang fasih berbahasa Iban akan ditempatkan di bank tersebut.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bank Negara Thomas Lo, Ketua Jabatan Rangkaian Cawangan Agro Bank Malaysia, Syed Hairul Anuar bin Syed Fadzil, Pengurus Cawangan Agro Bank Sri Aman, Pesly Rebib dan Pegawai Daerah Lubok, Antu Jack Aman Luat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment