Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 January, 2009

Penduduk Lachau mengeluh - Jalan rosak di kawasan lachau




Caption:

1.PERLU PERHATIAN...Keadaan jalan yang berbeca di antara Kara hingga ke Sungai Labi dalam kawasan Lachau, Pantu ini ternyata menyukarkan penduduknya untuk melaksanakan urusan harian masing-masing.

2.BANJIR...Air yang melimpah dari Sungai Tapai ternyata mengakibatkan banjir di laluan jalan terbabit sehingga menyebabkan kesukaran penduduk untuk melalui kawasan berkenaan semalam ini.

SRI AMAN, Jumaat (9 Jan) – Penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan bermula dari Punggu hinggga ke persimpangan jalan Lachau dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman mula merungut berhubung keadaan jalan raya yang rosak dan berbecak lebih-lebih lagi ketika berlangsung musim hujan pada waktu sekarang.

Tinjauan Utusan Sarawak kelmarin mendapati bahawa kawasan Kara hingga Sungai Labi telah menghadapi masalah kerosakan jalan raya yang cukup serius sehingga menyukarkan penduduknya untuk melaksanakan urusan rasmi harian pada setiap hari.

“Kadangkala berlakunya kemalangan kecil di kawasan terbabit (Kara hingga Sungai Labi) apabila keadaan jalan yang berbecak dan tidak rata menyebabkan pengguna motorsikal sukar untuk mengawal kenderaan masing-masing apabila melintasi kawasan ini.

“Jika pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan pantas untuk menurap kembali jalan ini sekurang-kurangnya dengan menggunakan batu kecil maka mungkin penduduk di sini akan menghadapi masalah lebih rumit pada masa akan datang,” kata seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Roy Martin.

Sementara itu seorang guru wanita dari sekolah rendah yang berdekatan mengakui bahawa amat sukar untuk turun mengajar di sekolah terbabit gara-gara disebabkan oleh masalah yang sama.

Katanya masalah kerosakan jalan dan keadaan jalan yang berbecak kian menjadi amat serius diakibatkan oleh musim hujan sebelum bermulanya cuti persekolahan pada bulan November tahun lalu.

“Bukan saya sahaja yang menghadapi masalah seperti ini malahan para guru yang mengajar di sekolah rendah ini juga turut mengalami kesukaran untuk pergi menunaikan tanggungjawab mereka kepada para murid.

“Malah keadaan telah diburukkan lagi apabila banjir sering berlaku di kawasan Sungai Tapai yang menuju ke sekolah rendah ini sehingga menyebabkan sebilangan daripada kami terkandas,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment