Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 December, 2010

Sri Aman bukan lagi bandar tidur - Harden


Caption: MESRA...Harden (tiga kanan) sedang bermesra dengan tetamu jemputan khas ketika berlangsungnya program berkenaan di sini malam tadi.


SRI AMAN, Rabu (29 Dis) – Gelaran ‘Bandar Tidur’ tidak harus diberikan terhadap Bandar Sri Aman selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya bukti paling nyata berhubung perkara terbabit ialah apabila timbulnya dakwaan daripada pihak pembangkang tentang masalah kesesakan parkir kenderaan dalam Bandar Sri Aman semenjak kebelakangan ini.

“Dari sudut negatif mereka melihat bahawa masalah parkir kenderaan adalah cukup teruk walaupun isu terbabit telah menjadi perhatian kerajaan sebelum itu dengan merancang pembinaan tempat parkir baru di kawasan Bandar Baru Sri Aman selepas ini.

“Namun mereka gagal melihat dari sudut positif berhubung perkara tersebut iaitu kesesakan berlaku kerana status ekonomi penduduk Sri Aman telah meningkat dengan kemampuan mereka untuk membeli kenderaan masing-masing semenjak tempoh 10 tahun ini,” katanya.

Ia tambah beliau lagi tidak termasuk pembinaan Taman Panorama Benak, Taman Tebingan Sungai Batang Lupar, penyediaan Kompleks Jabatan Bomba dan Penyelamat serta banyak lagi.

Selain itu Harden juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan mana-mana pihak berhubung sesuatu isu dengan memberi mereka jawapan bagi menyelesaikan masalah berkenaan menerusi hati yang terbuka.

“Jangan menilai sesuatu kelemahan itu dengan berat sebelah. Jika berasa keliru, anda boleh bertindak menemui saya untuk tujuan penjelasan lanjut termasuk punca berlakunya isu dan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Terdahulu Harden telah merasmikan pada Program Info Bestari dan Majlis Dialog yang membabitkan ketua kaum di sini bertempat di Restoran Tandang Sari, Sri Aman malam tadi.

Hadir sama ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, Pegawai Jabatan Kesihatan Sri Aman, Dr Murnihayati Ali, wakil Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment