Caption: UNIK...Zachary sedang memperagakan pakaian tradisional yang dihasilkan oleh Adlin dan Timah dari Sungai Merah, Pantu hari ini.
Cerita ini asalnya diolah dari facebook milik Zachary. Thank u boss
SRI AMAN, Sabtu (18 Dis) – Pakaian tradisional yang dimiliki pelbagai kaum termasuk Iban sememangnya menarik minat pelbagai pihak yang sememangnya mencintai khazanah kaum dan warisan selama ini.
Ini kerana pakaian tradisional tergolong dalam sumber kebudayaan turun-temurun yang secara tidak langsung melambangkan identiti sesebuah kaum di negeri ini dari masa ke semasa.
Seorang peminat pakaian tradisional iaitu Zackary Iskandar ketika dihubungi Utusan Sarawak memberitahu beliau sememangnya menyokong kesinambungan pembuatan pakaian tradisional terutama sekali milik orang Iban dari dahulu.
“Baru-baru ini saya telah menemui Adlin anak Tana dan Timah anak Galang dari Kampung Sungai Merah, Pantu, Sri Aman yang berjaya menghasilkan pakaian tradisional kaum Iban secara persendirian.
“Ia merupakan usaha cukup menarik. Malahan pakaian tradisional kaum Iban yang dihasilkan oleh mereka amat sesuai sekali dipadankan dengan pakaian rasmi dalam apa jua majlis rasmi selepas ini,” katanya.
Zachary memberitahu usaha menghasilkan pakaian tradisional ini harus diamalkan oleh golongan generasi muda kaum Iban pada masa sekarang demi memastikan kesinambungan tradisi berkenaan.
Tanpa usaha semua pihak, budaya penghasilan pakaian tradisional terbabit menurut beliau mungkin boleh pupus dan tidak minat lagi diamalkan oleh golongan muda di negeri ini pada masa akan datang.
“Justeru saya menyeru semua persatuan budaya untuk memperhebatkan lagi usaha memperkenal langkah pembuatan baju tradisional dikalangan golongan generasi muda mulai sekarang,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment