Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2010

Berhenti jadikan NCR sebagai isu - Harden


Caption: MANFAATKAN...Harden (kanan) ketika menyampaikan cek MRP kepada Tr Anik ketika berlangsungnya majlis itu.

Pix by Patrick Michael

SRI AMAN, Rabu (15 Dis) – Tanah Hakmilik Adat Bumiputera (NCR) tidak seharusnya dijadikan isu utama menjelang pilihan raya negeri akan datang demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya pertikaian mengenai isu berkenaan telah diselesaikan oleh kerajaan sebelumnya dengan adanya peruntukan bernilai RM17 juta bagi melaksana kerja menyukat tanah NCR milik penduduk dalam negeri ini.

“Kerja menyukat tanah NCR masih lagi giat dilaksanakan oleh kerajaan. Justeru rakyat tidak lagi perlu serius memandang isu berkenaan jika ia dibawa semula oleh pihak pembangkang ketika berkempen di rumah panjang mereka selepas ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sivik di Rumah Anik Tawi, Entawa, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu bahang pilihan raya negeri yang kian hampir pada masa sekarang menuntut semua penjawat awam dan ketua kaum untuk menyebar dasar pembangunan kerajaan dikalangan rakyat masing-masing selepas ini.

Katanya langkah ini amat penting agar rakyat sentiasa faham mengenai dasar pembangunan kerajaan yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) untuk mereka dari masa ke semasa.

“Kekeliruan rakyat berhubung dasar pembangunan kerajaan boleh mengurangkan sokongan mereka terhadap BN lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya negeri akan datang.

“Rakyat perlu faham mengenai dasar pembangunan kerajaan terlebih dahulu. Jika penjawat awam dan ketua kaum memainkan peranan mereka dengan lebih proaktif nescaya sokongan rakyat terhadap kerajaan akan bertambah kukuh selepas ini,” katanya.

Terdahulu Harden menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kamoung (JKKK) Rumah Anik Tawi.

Tamat.

1 comment:

  1. untuk pertayaan,,mengenai bekalan air paip.untuk pendududk kampung mawang dan sekitarnye,,bila projek air paip disalurkan untuk penduduk kampung kerana sudah terlalu lama tiada bekalan air ,seingat saya sudah lebih dari dua puluh taun tiada bekalan air,dahhulu ade bekalan air disalur dari bukit tinggi dekat dengan pencawang atau stesen pemancar simpang punda,,saluran paip sudah rosak dan banyak yang sudah pecah atau reput,,batang paip air dari jenis getah biasa,yang mudah pecah sehingga sekarang penduduk kampung mandi air sungai yang berdekatan dan terpaksa mangangkut air untuk kegunaan harian,..harap mintra pertolongan dari pihak tuan tuan dipercepatkan kemudahan asas penduduk ,..

    ReplyDelete