Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 December, 2010

Azam rakyat luar bandar tahun 2011




Mugshot:

1. MARY ANIS...Pacu pembangunan

2. MEI BIONG...Keamanan

3. BELLY MABONG...Kekal harga getah

SRI AMAN, Khamis (23 Dis) – Rakyat dari seluruh pelosok kawasan dunia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2010 sebaik sahaja jam melimpasi waktu 12 tengah malam pada 31 Disember ini nanti.

Sudah tentunya tahun 2010 mengundang pelbagai memori dalam hidup setiap rakyat dan mahu ia diperbaharui semula dengan azam-azam baru selepas bermulanya era tahun 2011 kelak.

Untuk itu Utusan Sarawak telah melakukan tinjauan dikalangan rakyat yang menetap di kawasan luar bandar bagi mengetahui azam baru hidup masing-masing dalam era tahun 2011 ini nanti.

Belly Mabong, 27, dari Kampung Kesindu, Simunjan berharap agar tahun 2011 kelak membawa rahmat hidup rakyat luar bandar yang bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian komersial selama ini.

“Getah dan lada adalah punca rezeki utama bagi majoriti rakyat di kawasan luar bandar. Justeru saya berharap agar harga komiditi getah dan lada terus kekal tinggi seperti yang kita kecapi pada masa sekarang,” katanya.

Mary anak Anis, 53, dari Kampung Selantik Ili, Pantu pula berharap agar kerajaan mempercepatkan usaha pembangunan di kawasan luar bandar demi kebaikan hidup rakyat bagi tahun 2011.

Kawasan Pantu katanya masih berharap agar kerajaan terus mempercepatkan kerja penyediaan bekalan elektrik luar bandar, naiktaraf jalan raya, kemudahan bekalan air bersih dan sebagainya.

Manakala itu Mei anak Biong, 27, dari Punggu, Lachau pula berhasrat untuk melihat Malaysia khasnya sekali negeri Sarawak terus menikmati keamanan yang berterusan sepanjang tahun 2011 nanti.

“Saya bangga menjadi orang Sarawak. Ini kerana Sarawak mempunyai barisan pemimpin yang cekap mentadbir hidup rakyat berbilang kaum di sini tanpa adanya sebarang rusuhan kaum semenjak dari tahun 1963 dahulu.

“Justeru saya berharap agar tahun 2011 terus memberi rahmat kepada negeri Sarawak. Keamanan dan kestabilan politik yang kita nikmati sekarang akan membolehkan ekonomi negeri terus meningkat maju di masa akan datang,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment