Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 December, 2010

Rakyat DUN Saribas mahu Wahbi terus jadi calon


Caption: SELESAI...Baha (berdiri kiri) sekali bersama Dzulkarnain (duduk tengah) ketika berlangsungnya perjumpaan bersama AJK PBB Saribas.

SARIBAS, Sabtu (11 Dis) – Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.30 Saribas menyatakan sokongan padu mereka terhadap Dr Haji Wahbi Haji Junaidi untuk terus menjadi calon bagi mempertahankan kerusi DUN Saribas pada pilihan raya kelak.

Sokongan terhadap Wahbi untuk terus menjadi calon DUN Saribas dinyatakan oleh cawangan kaum bapa, pergerakan pemuda dan pergerakan wanita dalam PBB cawangan Saribas berkenan.

Ahli jawatankuasa PBB Saribas, Baha Sual ketika menemui pemberita melahirkan rasa melahirkan rasa terkilan terhadap siaran akhbar yang menyatakan bahawa Dr Wahbi akan berundur dan tidak mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh beliau semenjak empat penggal lepas.

Katanya PBB menerusi Dr Wahbi nyata mengubah wajah pembangunan di Saribas semenjak 10 tahun kebelakangan ini dan beliau wajar terus dikekalkan sebagai calon pada pilihan raya negeri kelak.

“Rakyat dalam kawasan DUN Saribas kini selesa dengan segala projek pembangunan yang dibawa oleh Dr Wahbi. Oleh itu saya berharap agar beliau terus mempertahankan kerusi DUN Saribas pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Pendapat beliau ini turut disokong oleh Setiausaha PBB Saribas, Awang Dzulkarnain Ali dengan mengambil kira perkembangan pembangunan di kawasan Bungin – Manggut dalam kawasan Spaoh, Betong selama ini.

“Penduduk kawasan N.30 Saribas berikrar untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Dr Wahbi dan berharap agar beliau dipilih sebagai calon pilihanraya negeri akan datang.

“Kami berharap agar kehendak dan suara rakyat dalam kawasan Saribas diambil kira oleh pemimpin politik seperti mana kehendak Perdana Menteri iaitu "Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan’,” menurut beliau.

Terdahulu Baha telah mempengerusikan perjumpaan bersama AJK PBB N.30 Saribas bagi membincangkan isu berkenaan baru-baru ini.

Tamat.

3 comments:

  1. Bila kameke tuk dijemput bermesyuarat ngembak usul tuk..Bulak juak kitak duak tuk. Jangan cuba nak ngeliru pemikiran orang saribas. Pembangunan ni nak dipadah kitak tuk...jangan bulak. Jangan ada udang di sebalik batu.....'Malah rata-rata pengundi dan rakyat Saribas mahu PR tahun ini menyaksikan muka baru bagi calon Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  2. Evening boss.

    Sapa tuk boleh mek taok? Tu berita kiriman dari pihak sida ya.

    mail kamek ke ceritasriaman@gmail.com pasal isu sia boss. Thank u.

    ReplyDelete
  3. Urang, Bungin,serembang, manggut jangan cakap besar.Yang boleh bercakap besar kinek tuk ialah urang tuie, supa dan serabang sebab air paip sik ado, jalan kampung jaik.Rupo sik ado wakil rakyat jak di kawasan kamek sio. Jalan jaik dari manggut ke tuie yo pun sik dapat nak repair.Kinek tuk baruk nak embujuk urang .Cobo gio embujuk rakyat. Rakyat mun dah sakit hati sik apat dipujuk2 agik.Ganti jak dengan YB baru DUN Saribas.

    ReplyDelete