Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2010

Proton Saga FL dilancar!



Caption: MENARIK...Maxwell Lee (belakang kiri) bersama kakitangan Sri Aman Automobile ketika majlis pelancaran Proton Saga FL hari ini.

SRI AMAN, Rabu (15 Dis) – Model kenderaan terbaru Proton iaitu Saga Face Lift (FL) menampilkan ciri kegunaan yang lebih menarik berbanding dengan model Saga sebelumnya demi menurut Pengarah Jualan Sri Aman Automobile, Maxwell Lee Teck Koon.

Katanya Saga FL menawarkan tiga ciri kegunaan terbaru berbanding keluaran model Saga sebelumnya yang mencakupi ciri-ciri keselamatan, praktikal tambahan dan ciri keselesaan pemandu serta pemandu.

“Dari aspek pratikal tambahannya, Saga FL dilengkapi dengan suiz steering audio, unit pemain audio dengan USB, MP3 dan Aux Port, jarak buka pintu kereta yang lebih luas dan ruang simpanan bekas minuman.

“Dari segi keselamatan, Saga FL menawarkan reverse sensor, immobilizer (menghalang akses tidak sah untuk mengelak kecurian), tali pinggang kenderaan pre tensioners, integriti struktur, beg keselamatan udara (SRS) dan kawalan dan tunggangan secara Lotus,” katanya.

Ciri keselesaan model Saga FL ini kata Lee pula mencakupi ruang kabin kenderaan yang lebih luas, ruang simpanan barangan belakang kenderaan berkapasiti 413 Liter dan tambahan barangan simpanan kecil.

Proton Saga FL ini katanya boleh didapati dalam enam bentuk warna antaranya ialah Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver, Genetic Silver, Granite Grey, Cafee Lette dan Blue Rock.

“Saga FL ditawarkan dalam bentuk iaitu 1.3 AT (automatic) Executive Metallic dan Solid, Saga FL 1.3 AT Standart Metallic dan Solid, Saga FL 1.3 MT (manual) Standart Metallic dan Solid serta 1.3 MT Executivie Metallic dan Solid,” katanya.

Untuk harga On The Road Price, Saga FL 1.3 AT Executive bagi Metallic dijual pada harga RM46,098 dan Solid dijual pada harga RM45,648 manakala Saga FL 1.3 AT Standart bagi Metallic dijual pada harga RM43,778 manakala Solid dijual pada harga RM43,328.

Saga FL 1.3 MT Standart bagi Metallic dijual pada harga RM40,778 dan Solid dijual pada harga RM40,328 manakala Saga FL 1.3 MT Executive bagi Metallic dijual pada harga RM43,498 manakala Solid dijual pada harga RM43,048.

“Justeru orang ramai dijemput untuk hadir ke premis Sri Aman Automobile, pengedar sah syraikat Proton Edar mulai sekarang jika mahu melihat kelebihan kenderaan Saga FL dengan lebih dekat,” katanya.

Terdahulu Lee bersama kakitangan Sri Aman Automobile telah menjayakan majlis pelancaran Proton Saga FL yang berlangsung pada jam 10 pagi di premis berkenaan hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment