Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 May, 2011

William Nyalau masih mahu pertahan kerusi Parlimen Lubok Antu


Caption: RASMI…Nyalau sedang memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh Rayong (tengah) pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Rabu (18 Mei) – William Nyalau anak Badak telah menyatakan persediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen P.203 Lubok Antu yang telah disandangnya sejak tahun 2008 dahulu pada Pilihan raya Umum Ke-13 akan datang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pra Gawai anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sedarat, Engkilili, yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan pada hari Isnin lepas.

 “Kerusi Parlimen Lubok Antu akan dapat terus dipertahankan tanpa masalah sekiranya saya mendapat sokongan daripada 19,700 pengundi berdarftar di kawasan parlimen tersebut.

“Mungkin masing terlalu awal untuk menyatakan kesediaan ini. Namun saya sudah pun bersedia untuk menghadapi calon lawan demi mempertahankan kerusi BN ini pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Terdahulu Nyalau telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu setelah menewaskan calon Bebas iaitu Nicholas Bawin anak Anggat dengan memperoleh sebanyak 6,769 undi berbanding lawannya iaitu 5,159 undi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas juga meminta penduduk Lubok Antu untuk terus menyokong Nyalau pada pilihan raya parlimen akan datang ketika merasmikan Majlis Merarau Pra Gawai di Engkilili baru-baru ini.

Permintaan Nyalau turut disokong oleh ADUN Engkilili iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa yang berpendapat bahawa Nyalau adalah seorang wakil rakyat yang mudah bekerjasama bersama beliau.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah penyerahan cek Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM10,000 kepada Yang Dipertua PIBG SK Sedarat Mohd Dzulfahkhiri Abdullah oleh Nyalau.

Tamat...


No comments:

Post a Comment