Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 May, 2011

SK Muton, Debak raikan Hari Guru 2011



Caption:

1.SELAMAT HARI GURU...Jamali (tengah) bersama kakitangan guru SK Muton memotong kek sebagai simbolik sambutan perayaan berkenaan.

2. TERIMA KASIH...Jamali (kiri) menyampaikan hadiah kepada kakitangan SK Muton iaitu Saleman Senin (kanan) ketika berlangsungnya program itu.

Saleman Senin

BETONG, Rabu – Perayaan Hari Guru nampaknya berlangsung meriah di kawasan pendalaman Betong apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Muton, Debak mengadakan majlis itu di sekolah mereka kelmarin.

Sambutan Perayaan Hari Guru 2011 bagi SK Muton dimulakan dengan majlis perhimpunan guru bersama pelajar dan kakitangan sekolah yang dipengerusikan oleh guru besarnya iaitu Jamali bin Seman.

Dalam perhimpunan tersebut, Jamali telah memberi penghormatan kepada Penolong Kanan HEM, Bujang @ Karim bin Ganti untuk menyampaikan amanat daripada Menteri Pelajaran manakala dan daripada Pengarah Pelajaran pula disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Mahmud Hasim.

Sebaik sahaja selesai sesi amanat, majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Guru daripada para guru sebelum ia diteruskan dengan acara memotong Kek Hari Guru dan persembahan daripada pelajar.

Aktiviti diteruskan dengan guru dan staf sokongan SK Muton menjayakan aktiviti bertukar-tukar hadiah sebagai tanda ingatan dan pengorbanan sempena sambutan hari berkenaan.

Terdahulu, Jamali ketika berucap pada majlis itu mengucapkan tahniah kepada Gayan anak Sango (PK Pentadbiran), Felicia Bangkang Gasing serta  Jenahabedin Haji Luat kerana telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Saratok minggu lepas.

Jamali menerusi ucapannya juga berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian UPSR pada tahun ini disamping memberi amanat kepada semua pelajar agar sentiasa memberi fokus kepada sesi pembelajaran bagi mencapai matlamat itu.

“Pendidikan amat penting sebagai bekalan untuk terus menghadapi kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan kerana tanpanya kita akan mengalami kesukaran untuk berjaya pada suatu masa nanti,” kata beliau.

Perayaan sambutan Hari Guru di sekolah terbabit juga turut dimeriahkan dengan perlawanan bolasepak persabahatan yang menyaksikan SK Muton tewas dengan jaringan gol 2-1 ditangan pasukan SK Kalok Pusa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment