Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2011

Sesco B champion Pertandingan Dart Tertutup Siri II Sri Aman 2011


SRI AMAN, Jumaat (20 Mei) – Pasukan Sesco B muncul juara bagi Pertandingan Dart Berpasangan Tertutup Siri II Sri Aman 2010 bertempat di dewan serbaguna, Penjara Pusat Sri Aman malam tadi.

Sesco B yang dianggotai oleh Jimi Sim dan Abdul Hadi muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan Forty Top yang dianggotai oleh pasangan Baharuddin Saidi dan Abdul Rahman dengan set kemenangan 2 – 1.

Dengan kemenangan ini pasukan Sesco B berhasil membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 beserta dengan piala manakala pasukan naib juara iaitu Forty Top pula membawa pulang hadiah bernilai RM100 serta juga piala.

Manakala itu pasukan Double Bull pula berjaya menundukkan saingan pasukan After 6 Bull dengan kemenangan set 2 – 0 menerusi perlawanan merebut kedudukan tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Pasukan Double Bull membawa pulang hadiah wang tunai bernulai RM60 manakala pasukan After 6 Bull pula membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai bernilai RM40 bagi pertandingan tersebut.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Penjara Pusat Sri Aman iaitu KUP Gilbert anak George.


Terdahulu jurucakap penganjur iaitu Azlan Ahmad ketika ditemui pada malam tadi menjelaskan bahawa pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk disamping memperkenalkan Jabatan Penjara serta sukan Dart dikalangan penduduk.


“Malahan pertandingan ini juga akan membolehkan pihak kami mempromosi pelbagai produk yang dihasilkan oleh penghuni Penjara Pusat Sri Aman ketika berlangsungnya pertandingan itu,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment