Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 May, 2011

Rakyat Lingga masih yakin terhadap BN - Simoi


Caption: SERIUS...Simoi ketika berucap merasmikan majlis kesyukuran terhadap kemenangan beliau di DUN Lingga malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (3 Mei) – Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga masih yakin terhadap kepimpinan Kerajan Barisan Nasional (BN) kata wakil rakyatnya, Hajah Simoi Haji Peri.

Ia terbukti apabila majoriti undi beliau menunjukkan peningkatan ketika bertanding mempertahankan kerusi DUN Lingga bagi pilihan raya umum 2006 iaitu 1,856 berbanding 2,506 bagi pilihan raya umum tahun 2011.

“Peningkatan undi tampak ketara dikalangan pengundi Iban, Cina dan Melayu dalam DUN Lingga dan ia sekaligus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa BN hanya akan menang tipis di sini pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu Simoi turut menambah bahawa rakyat di kawasan DUN Lingga masih yakin terhadap BN kerana mereka masih mengharapkan kesinambungan projek pembangunan dalam kawasan penempatan mereka sehingga sekarang.

“Bukti pembangunan sudah nampak di Lingga dengan adanya projek pembinaan kemudahan pendididikan, projek agro pertanian dan penempatan baru rakyat dari kawasan Pulau Seduku.

“Inilah faktor kemenangan BN di Lingga. Justeru saya berharap agar rakyat meneruskan sokongan mereka terhadap Kerajaan BN bagi menjayakan perlaksanaan projek pembangunan di sini mulai sekarang,” katanya.

Hadir sama ialah suami beliau iaitu Haji Mohd Obey, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman, Majuan Jeraie, Temenggung Kanang anak Langkau, Temenggung Sii Toh Peng, Temenggung Abang Haji Johari dan Pengerusi Pengelola Majlis, Bakhtiar Mathan dan ahli PBB DUN Lingga.

Terdahulu Simoi telah menyempurnakan Majlis Perlantikan Surat Lantikan Temenggong Abang Haji Bohari Haji Zen, Penyerahan Surat Hakmilik Tanah, Penyerahan Grant / OG dan Anugerah Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Terbaik DUN Lingga bagi Pilihan Raya Umum 2011.

Bagi Kategori Bumiputera, Ranting Belakang Pasar Meludam telah diumumkan sebagai pemenang dan memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM1,500 sambil diikuti oleh Ranting Somil Lemanak di tempat kedua (RM1,000) dan Ranting Kampung Tengah di tempat ketiga (RM500).

Kategori Pesaka pula menyaksikan Ranting Tanjung Baru Meludam muncul sebagai pemenang sambil diikuti oleh Ranting Sungai Mulun B di kedudukan tempat kedua dan Ranting Gran Limok di kedudukan tempat ketiga.

Majlis kesyukuran itu juga turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, persembahan kugiran oleh Ibu Kota, persembahan poco-poco, cabutan tiket bertuah dan persembahan nyanyian lagu

Tamat.

No comments:

Post a Comment