Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 May, 2011

Rakyat bijak sokong BN - Mong


Caption: UNTUK ALBUM...Mong (tengah kiri) dan Masir (tengah kanan) ketika bergambar kenangan bersama ahli PRS dan penghuni Rumah Brodie.


SRI AMAN, Sabtu (14 Mei) – Rakyat membuat keputusan yang tepat dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri lepas kata Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang.

Katanya dengan menyokong BN pada pilihan raya lepas maka rakyat dari kawasan bandar dan luar bandar akan dapat menikmati projek pembangunan secara berterusan daripada kerajaan selepas ini.

“Kerajaan BN akan dapat meneruskan agenda perjuangan mereka untuk rakyat dengan adanya sokongan padu daripada mereka pada pilihan raya negeri lepas,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan.

Mong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran sempena Meraikan Kemenangan BN dan Parti Rakyat Sarawak Pada Pilihanraya Umum Sarawak Ke-10 Bagi kawasan DUN N.26 Bukit Begunan di Rumah Brodie, Parit Beruang, Tanjung Bijat kelmarin.

Selain itu beliau menerusi ucapannya juga akan berusaha untuk mempercepatkan permohonan pembinaan Jalan Tanjung Bijat yang termaktub menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negeri sebelum ini.

“Pentingnya ialah agar rakyat terus bekerjasama dengan wakil rakyat BN untuk menjayakan perlaksanaan proses pembangunan di kawasan penempatan masing-masing,” menurut beliau.

Justeru Mong berharap agar rakyat terus berdiri teguh di bawah teraju kerajaan BN demi merealisasikan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan dalam kawasan mereka selepas ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat. Mong menerusi majlis tersebut telah mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 untuk JKKK Rumah Brodie dan RM3,000 untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Tamat..

No comments:

Post a Comment