Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 May, 2011

Projek RES sedang diperhebat di Engkilili - Rayong


Caption: TAHNIAH… Rayong (kiri) ketika menyampaikan surat penghargaan kepada Penghulu Mapang sambil disaksikan oleh tetamu yang lain pada majlis itu.


ENGKILILI, Rabu (12 Mei) – Rumah Cerang, Lipat dan Rumah Karim, Tabut bakal menikmati bekalan eletrik menerusi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) dalam masa terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa mengumumkan perkara ini ketika merasmikan Majlis Kesyukuran DUN Engkilili di Rumah Cerang, Lipat, Engkilili baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan kerja penyediaan kemudahan RES di tiga buah rumah panjang yang lain di Engkilili antaranya ialah Rumah Murad dan Rumah Mujan.

“Syarikat Shorefield Sendirian Berhad yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek ini sedang melakukan proses memasang tiang elektrik di tepi jalan kawasan rumah panjang terbabit,” katanya.

Projek penyediaan kemudahan RES ini kata Rayong adalah merupakan hadiah kepada semua rakyat dalam kawasan DUN Engkilili yang telah memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan ini selepas pilihan raya umum lepas.

Sokongan padu rakyat terhadap BN tambah beliau juga membolehkan kerajaan merancang pelbagai pelan pembangunan untuk rakyat di kawasan DUN Engkilili dari masa ke semasa.

“Projek ini membuktikan kesungguhan BN dalam memajukan hidup rakyat. Justeru saya berharap agar rakyat kawasan Engkilili meneruskan sokongan kukuh mereka terhadap kerajaan selepas ini,” katanya.

Terdahulu beliau pada majlis itu menyerahkan surat perlantikan Penghulu Mapang akan Awel di situ sambil mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada JKKK Cerang, Lipat dan RM3,000 kepada biro wanita rumah panjang tersebut.

Tamat….



No comments:

Post a Comment