Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 May, 2011

KOnsep 1 Murid 1 Sukan harus terus ditekankan - Alta



Caption:

1. UNTUK ALBUM...Pasukan Rumah Perdana muncul juara untuk kejohanan sukan berkenaan.

2. RASMI...Alta sedang memalu gong sebagai simbolik perasmian Sukan Tahunan Antara Rumah-Rumah Sukan SK Engkilili No.2.

Uding Ragai

ENGKILILI, Rabu (12 Mei) – Konsep “1 Murid 1 Sukan” telah ditekankan kepada semua murid-murid sekolah seperti yang telah diwar-warkan oleh Kementerian Pelajaran Malayasia sebelum ini.

Justeru semua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2 digesa untuk mempamerkan potensi atau bakat terpendam masing-masing dalam semua acara sukan sekolah menerusi perlaksanaan konsep 1Murid 1Sukan ini pada masa akan datang.

Penyelia Unit Pembangunan Dan Bekalan Jabatan Pelajaran Daerah Lubok Antu, Alta Abang, ketika berucap semasa Majlis Perasmian Sukan Tahunan Antara Rumah-Rumah Sukan SK Engkilili No.2 di Engkilili baru-baru ini.

“Konsep 1 Murid 1 Sukan dapat mencungkil bakat murid-murid secara lebih menyeluruh dan secara tidak langsung dapat diangkat ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu para pelajar kata Alta juga perlu menanam sifat ketekunan dalam diri masing-masing untuk mencapai tahap kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang membanggakan kepada ibubapa dan komuniti di sekeliling mereka.

Demi menjayakan usaha beliau menyeru semua ibu bapa murid agar tidak menghalang anak-anak mereka untuk menyertai pelbagai acara sukan sama ada diperingkat sekolah atau luar sekolah mulai sekarang.

Terdahulu Sukan Tahunan Antara Rumah-Rumah Sukan SK Engkilili No.2 menyaksikan Pasukan Rumah Perdana muncul juara keseluruhan sambil diikuti oleh Pasukan Rumah Wira di kedudukan naib juara dan Pasukan Rumah Waja di kedudukan tempat ke-3.

Kejohanan yang menawarkan acara terbuka untuk orang dewasa itu juga turut dihadiri oleh Pengerusi Pengelola Kejohanan, Kulok Laga, ketua kaum, kakitangan SK Engkilili No.2 dan ibubapa murid.

Tamat.

No comments:

Post a Comment