Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 May, 2011

Jangan hanya luahkan masalah time musim pilihan raya - Harden


Caption: MANFAATKAN...Harden menyampaikan wang insentif kepada penerima sambil disaksikan oleh Masir (kiri) dan tetamu yang lain pada majlis itu.


SRI AMAN,  Ahad (15 Mei) – Jangan bertindak meluahkan masalah kepada wakil rakyat mereka hanya ketika menjelang pilihan raya demikian nasihat kepada  rakyat oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Jelas beliau rakyat seharusnya bertindak meluahkan masalah masing-masing kepada wakil rakyat ketika berlangsungnya majlis rasmi atau program pertemuan dengan mereka untuk sepanjang masa.

“Tindakan itu penting agar wakil rakyat kita dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah terbabit dengan segara dan bukannya ketika menjelang musim pilihan raya di negeri ini,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Gawai Dayak 2011 di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu parti Barisan Nasional (BN) kata Harden juga masih mendapat kepercayaan daripada rakyat untuk memerintah negeri ini setelah berjaya memperoleh 55 buah kerusi DUN pada pilihan raya lepas.

Rakyat kata beliau sememangnya yakin terhadap kebolehan BN untuk terus meneraju proses pembangunan dalam negeri ini yang mencakupi aspek kemudahan asas, pendidikan, perhubungan dan sebagainya.

“Justeru saya berharap agar rakyat kawasan Sri Aman terus menyokong BN pada pilihan raya parlimen akan datang agar projek pembangunan dapat terus dilaksanakan dalam negeri ini,” katanya.

Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Simba Nalang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Residen Sibu, Sim Khok Kee dan Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas.

Majlis anjuran Sarakup Induk Dayak Sarawak cawangan Sri Aman itu diserikan lagi dengan Pekit Kumang, majlis penyampaian wang insentif pendidikan, persembahan kebudayaan dan persembahan nyanyian karaoke.

Tamat.

No comments:

Post a Comment