Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 May, 2011

Dialog Inisiatif NCR di SK Nanga Spak, Betong hari ini (18 Mei)


SRI AMAN, Isnin (16 Mei) – Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) Bahagian Betong akan mengadakan Majlis Dialoq Inisatif Baru Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Lawih, Betong pada 18 Mei ini.

JTS Betong menerusi siaran medianya baru-baru ini memberitahu Majlis Dialoq Inisatif Baru NCR yang akan berlangsung di SK Nanga Lawih, Betong itu akan bermula pada jam 2 petang.

“Tujuan utamanya ialah bagi memberi peluang kepada penduduk khasnya pemilik Tanah NCR dari kawasan Betong untuk bertanya soalan mengenai perlaksanaan Inisiatif Baru NCR.

“Menerusi majlis dialoq terbabit, pihak JTS akan berpeluang untuk menerangkan dengan lebih lanjut perlaksanaan inisiatif baru terbabit demi memudahkan kerja pengukuran tanah NCR milik penduduk selepas ini,” katanya.

Justeru  para tuai rumah, JKKK rumah panjang dan pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera dari kawasan pentadbiran Penghulu Radin anak Empili (Kawasan Spak, Betong) katanya dijemput untuk hadir pada majlis dialoq itu nanti.

Tamat.

No comments:

Post a Comment