Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 May, 2011

Anak permata negara - Razi



Caption: BERBAKAT... Noorhaiza Ilah dari SK Manggut menerima piala kemenangan daripada Razi ketika berlangsungnya program itu.


DEBAK, Rabu (4 Mei) – Anak-anak adalah ‘permata’ yang bakal menjadi pewaris pembangunan negara di masa akan datang kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky Mohammad Razi Sitam.

Justeru beliau berharap agar golongan guru dan ibubapa berusaha lebih rajin untuk memantau perkembangan akademik anak-anak ketika mereka berada di rumah mahupun sekolah selepas ini.

“Kejayan anak-anak bergantung sepenuhnya kepada mereka. Jika ibubapa dan guru serius memantau perkembangan pelajaran anak-anak maka tidak mustahil negara akan sentiasa mempunyai tenaga kerja profesional di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kebudayaan dan Kesenian Peringkat Sekolah-Sekolah Zon Debak di Dewan Sri Rimbas, Sekolah Kebangsaan (SK) Tui, Debak baru-baru ini.

Selain itu Razi juga menasihatkan para murid agar tidak mengabaikan pelajaran masing-masing jika mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan kokurikulum untuk sepanjang masa.

“Pelajaran adalah nombor satu. Bagaimanapun murid boleh mengimbangi pelajaran dan aktiviti kokurikulum dalam diri mereka jika mahu menjadi modal insan kelas pertama bagi tujuan pembangunan negara kelak,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Guru Besar SK Tui, Julaihi bin Haji Inu dan Guru Besar SK Bungin, Mamin bin Chek, Penghulu Ahmad bin Ludin serta para tetamu undangan khas yang lain.

Terdahulu Sekolah Dato' Bandar Debak telah dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan Tarian Sekolah Zon Debak manakala SK Dato' Bandar Debak telah menguasai acara Tarian Etnik dan Rampaian sekaligus dinobatkan juara keseluruhan bagi kategori itu.

Kategori Pertandingan Bagi Bintang Kecil bersempena dengan majlis itu menyaksikan Noorhaiza binti Ilah dari SK Manggut muncul juara sambil diikuit oleh Nurul Syabitah Norkusaini dari SK Bungin dan Nor Azita Kahar dari SK Tui yang memperoleh kedudukan naib juara dan ketiga bagi pertandingan tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment