Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 May, 2011

17 pasukan sah berentap dalam Piala YB Wahab Aziz



Mugshot: ADIEY SAFARMAN

SRI AMAN, Khamis (19 Mei) - Sejumlah 17 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan masing-masing dalam Pertandingan Bolasepak Piala YB Haji Abdul Wahab Bin Aziz ADUN N.33 Kalaka yang akan bemula pada 21 Mei ini nanti.

Siaran akhbar oleh wakil penganjur iaitu Adiey Safarman memberitahu Pertandingan Bolasepak Piala YB Haji Abdul Wahab Bin Aziz yang dijalankan secara sistem liga berkumpulan ini nanti akan berlangsung di Padang Majlis Daerah Saratok.

“17 pasukan terbabit adalah Merah Junior FC, MPOB ELITE, Sessang FC, Felcra Saratok, Artuz, AZZ Fc, Repkajaya, BPL FC, Emplam FC, FC Jingga, AC United, Floaming FC, Awin FC, Giatmara, RISDA United, Warrior 33 dan TTM FC,” kata setiausaha pengelola pertandingan iaitu Wan Ismail Wan Zamahari menerusi siaran akhbar itu.

Pasukan Merah Junior, MPOB Elite, Sessang FC, Felcra Saratok dan Artuz FC katanya akan bersaing dalam kumpulan A manakala AZZ FC, Repkajaya, BPL FC dan Emplam FC akan bersaing dalam kumpulan B.

Sementara itu pasukan FC Jingga, AC United, Floaming FC dan Awik FC berentap dalam saingan dalam kumpulan C manakala pasukan Giatmara, RISDA United, Warrior 33 dan TTM FC akan bersaing dalam kumpulan D.

Perlawanan pembukaan Piala Wahab Aziz ini katanya akan menyaksikan pertarungan antara pasukan Merah Junior FC dan MPOB Elite yang dijadualkan bermula pada jam 4 petang di padang Majlis Daerah Saratok.

“Pasukan juara bagi pertandingan ini akan membawa hadiah berupa wang tunai bernilai RM3,000, piala kejuaraan dan trofi manakala pasukan naib juara pula akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,800, piala iringan dan pingat.

“Pasukan yang berjaya memperoleh kedudukan tempat ketiga dalam Pertandingan Bolasepak Piala YB Haji Abdul Wahab Bin Aziz ini akan membawa pulang pingat dan hadiah wang tunai bernilai RM500,” menurut beliau.

Terdahulu beliau telah mempengerusikan sesi cabutan undi dan taklimat ringkas kepada semua pengurus dan wakil pasukan yang bakal berentap dalam Pertandingan Bola Sepak Terbuka Piala Tuan Haji Abdul Wahab Aziz baru-baru ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment