Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2010

Sambutan Ramadan di Simunjan meriah



Caption: MERIAH...Kawasan Padang Sentral, Pekan Simunjan menjadi tumpuan penduduk untuk membeli pelbagai juadah makanan dan minuman sempena sambutan bulan ramadan tahun ini.


SIMUNJAN, Khamis (12 Ogos) – Padang Central, Pekan Simunjan kembali menjadi tumpuan ribuan orang penduduk apabila bermulanya sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak kelmarin.

Ini kerana Padang Central telah pusat Bazaar Ramadan 2010 yang menawarkan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman yang menarik untuk semua penduduk Simunjan bermula jam 4.30 petang.

Antara juadah makanan yang dapat diperoleh menerusi aktiviti Bazaar Ramadhan 2010 kali ini seperti ayam dan ikan panggang, kuih-muih, mee goreng, nasi goreng, hidangan dan lauk-pauk yang beraneka jenis.


Disamping itu aktiviti Bazaar Ramadhan 2010 ini turut menawarkan pelbagai jenis minuman yang sesuai bagi tujuan berbuka puasa oleh keluarga muslim seperti air tebu, air bandung, Air Batu Campur dan pelbagai lagi.


Seorang penduduk, Belly anak Mabong, 27 , ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau amat tertarik terhadap jualan juadah makanan dan minuman yang amat jarang ditawarkan oleh peniaga pada hari-hari biasa.


“Tahniah di atas usaha Majlis Daerah Simunajn (MDS) kerana menganjurkan aktiviti Bazaar Ramadhan 2010 demi memeriahkan lagi suasana sambutan bulan puasa di pekan ini.


“Usaha sebegini pada pendapat saya amat baik kerana aktiviti Bazaar Ramadhan 2010 bukan sahaja dapat memeriahkan suasana sambutan bulan puasa dikalangan penduduk Islam malahan juga terhadap penduduk bukan Islam di Pekan Simunjan ini,” katanya.

Bagi Foo Sek Chang, 31, aktiviti Bazaar Ramadan 2010 terbabit secara tidak langsung dapat mempromosi pelbagai juadah makanan dan minuman kepada penduduk bukan Islam di pekan ini.

“Lagipun penganjuran Bazaar Ramadan di kawasan Padang Sentral, Pekan Simunjan dianggap sebagai satu lokasi strategik untuk tujuan itu. Justeru saya berharap agar aktiviti ini dapat dianjurkan semula pada bulan puasa tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu pihak Majlis Daerah Simunjan (MDS) telah menyediakan sebanyak lima buah khemah pasang siap bagi memuatkan 26 buah gerai jualan dengan kadar sewa RM30 untuk sepanjang musim jualan tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment