Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 August, 2010

Pasaria SK Abang Aing meriah



Caption:

1.SAMBUTAN HANGAT...Penduduk kelihatan sedang berebut untuk membeli produk makanan segera pada gerai berkenaan.

2. INGIN TAHU...Kakitangan Jabatan Narkotik IPD Sri Aman sedang melayan kunjungan penduduk ke tapak pameran mereka ketika berlangsungnya program terbabit.


SRI AMAN, Ahad (8 Ogos) – Dianggarkan seramai 1,000 orang penduduk membanjiri kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing untuk memeriahkan suasana sambutan penganjuran aktiviti Pasaria 2010 di situ kelmarin.

Aktiviti Pasaria 2010 anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Abang Aing itu telah dijayakan dengan pembukaan lebih daripada 20 buah tapak gerai untuk kunjungan penduduk bermula dari jam 7 pagi hingga 1 petang kelmarin.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak mendapati bahawa penduduk lebih gemar berkunjung ke beberapa buah gerai yang menawarkan beberapa produk makanan, ubat kesihatan dan juadah yang ditawarkan menerusi aktiviti berkenaan.

Kakitangan jawatankuasa penganjur Pasaria juga dilihat tidak lepas tangan ketika melayan kerenah penduduk yang dilihat begitu ghairah untuk mendapatkan produk makanan segera yang dijual pada harga murah menerusi aktiviti terbabit.

Malahan penduduk juga berpeluang untuk berkunjung ke beberapa buah gerai pameran yang dikelolakan oleh Polis Diraja Malaysia Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Agro Bank, Tabung Haji serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Omar memberitahu penganjuran aktiviti Pasaria ini membolehkan pihak PIBG SK Abang Aing meraih banyak dana untuk kegunaan sekolah berkenaan selepas ini.

“Ia dilihat sebagai langkah yang cukup bijak untuk mendapatkan dana sekolah. Dengan kata lain PIBG SK Abang mampu berdikari untuk mendapatkan dana kewangan mereka selain dari peruntukan yang disalurkan oleh wakil rakyat kerajaan selama ini,” menurut beliau.

Terdahulu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pasaria PIBG SK Abang Aing 2010 bertempat di perkarangan sekolah terbabit pada jam 9 pagi kelmarin.

Beliau yang sempat meluangkan masa untuk meninjau gerai jualan dan tapak pameran pada aktiviti berkenaan turut mengumumkan peruntukan bernilai bernilai RM10,000 kepada PIBG SK Abang Aing. RM6,000 daripada jumlah ini bertujuan untuk menampung kos pembelian mesin fotostat yang baru untuk sekolah berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Mudin, Yang Dipertua PIBG SK Abang Aing, Osman Rosli, Guru Besar SK Abang Aing, Wan Ismail Wan Chula, Temenggung Kanang Langkau, Pegawai Tadbir Sosial, Zaidi Sarkawi, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment