Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2010

Manterakan 1Malaysia - Nyalau

Caption: PENGHARGAAN...Chew (kanan) ketika sedang menyampaikan cenderahati kepada Nyalau (kiri) sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Sabtu (21 Ogos) – Kosenp 1Malaysia boleh dijadikan sebagai mantera dikalangan penduduk berbilang kaum dalam kawasan daerah Lubok Antu untuk memperkukuhkan hubungan perpaduan di antara satu sama yang lain selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perayaan All Soul Day bertempat di Tepekong Chee Sen Ta Sin, berdekatan dengan Pekan Lubok Antu kelmarin.

Katanya hubungan perpaduan yang kukuh diantara penduduk berbilang kaum di sini akan menyumbang kepada proses transformasi pembangunan yang lebih pesat di Sarawak terutama sekali di kawasan daerah ini.

“Sarawak akan mendapat nikmat yang tidak berkesudahan di masa akan datang sekiranya projek pembangunan mampu dilaksana di bawah keadaan cukup aman hasil hubungan perpaduan kukuh dikalangan penduduk berbilang kaum.

“Lagipun Sarawak akan menghadapi gelombang kedua politik pembangunan selepas ini. Justeru adalah baik kiranya semua penduduk sama-sama menjadikan Gagasan 1Malaysia sebagai mantera untuk menjayakan projek pembangunan negeri di masa akan datang,” katanya.

Selain itu Nyalau juga menyakinkan penduduk bahawa perlaksanaan Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali akan mengenepikan hak dan kebajikan hidup semua penduduk berbilang kaum dalam negara ini khasnya di Sarawak.

Gagasan 1Malaysia katanya mementingkan kebajikan hidup setiap penduduk tanpa adanya campurtangan unsur diskriminasi kaum dan agama dikalangan mereka dari masa ke semasa.

“Gagasan 1Malaysia akan membolehkan taraf hidup penduduk berubah selagi mereka terus memberikan sokongan padu yang tinggi terhadap kepimpinan kerajaan BN Negeri selepas ini,” katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Kapitan Tay Choo Meng, Penghulu Jaul anak Lutau, Ketua Kampung Melayu Lubok Antu,Suhaili bin Pawi dan para kakitangan kerajaan dari sekitar Lubok Antu.

Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 kepada Persatuan Chee Sen Ta Sin yang dipengerusikan oleh Chew Sen Hui.

Tamat....

No comments:

Post a Comment