Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2010

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Betong 18 September ini


Caption: GANDINGAN MUKA BARU...Spawi (tengah) sambil diapit oleh Senie (kanan) dan Ropa (kiri) bergambar kenangan sebaik sahaja tamat mesyuarat berkenaan.


BETONG, Khamis (19 Ogos) - Kampung Melayu Betong akan mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 pada 18 September ini bersamaan dengan 9 Syawal 1431H bertempat di Dewan Panglima Rentap Betong.

Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawie Abang Rajit, mengumumkan perkara ini ketika menyampaikan amanat beliau pada mesyuarat Jawatankuasa Majlis Ramah Tamah Kampung Melayu Betong di Dewan Al-Husna Masjid Jamek Betong baru-baru ini

Katanya pihak jawatankuasa telah pun menerima sumbangan sebanyak RM10,000 untuk tujuan pengurusan majlis terbabit manakala RM5,000 lagi untuk tujuan pemberian insentif kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2009.

“Sumbangan ini telah diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang ketika menghadiri majlis ramah-tamah yang sama pada tahun lepas.

“Kita amat bertuah kerana kita mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat dan sanggup menghulurkan sumbangan untuk kita mengadakan majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada tahun 2010 ini nanti,” menurut beliau.

Sumbangan terbabit katanya telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Betong itu dan jawatankuasa sebulat suara bersetuju untuk menjemput Datuk Patinggi Jabu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas dan ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat untuk menghadiri majlis terbabit nanti.

Terdahulu Abang Zawawie yang juga merupakan pengerusi majlis berkenaan pada tahun 2009 telah menyerahkan jawatan Pengerusi Pengurusan Masjid Jamek Betong dan pengerusi majlis ramah tamah ini nanti kepada Kon Spawi bin Yahu.

Turut dipersetujui pada mesyuarat itu ialah pengekalan Senie bin Endin dan Abdul Ropa Mohamad bagi jawatan setiausaha dan bendahari dalam jawatankuasa pengurusan terbabit.

Mesyuarat yang telah diadakan di telah dihadiri seramai 25 orang penduduk yang terdiri daripada pemimpin Kampung, surau, persatuan dan penduduk-penduduk kampung yang berwibawa dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Majlis ramah tamah ini nanti bakal dijayakan lagi dengan sumbangan bernilai RM500 masing-masing dari Surau Damai Kampung Hilir Betong, Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong, Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong, Surau Setia Kampung Baru Hilir Betong dan Surau Kampung Melayu Passa. Masjid Jamek Betong turut menyumbangkan RM1,000 untuk tujuan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment