Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2010

Ketua kaum perlu tingkat kerjasama dengan kerajaan

Caption: PENGHARGAAN...Harden (kiri) ketika menerima cenderamata daripada pihak KEMAS Sri Aman pada majlis itu.

SRI AMAN, Khamis (19 Ogos) - Ketua kaum perlu mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama mereka dengan kerajaan selepas ini demi memudahkan perlaksanaan program pembangunan di kawasan mereka kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya, jalinan kerjasama yang erat di antara dua pihak ini adalah amat perlu memandangkan ketua kaum mampu berperanan sebagai ‘jambatan’ yang menghubungkan pihak kerajaan negeri dengan penduduk tempatan.

“Selain daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (JKKK), peranan ketua kaum juga penting untuk menghubungkan penduduk dengan pihak Kerajaan Negeri.

“Ini kerana kerajaan memerlukan peranan mereka untuk menerangkan dasar pembangunan kepada penduduk di kawasan masing-masing disamping menyakinkan mereka untuk terus menyokong kerajaan demi memudahkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan negeri selepas itu,” katanya.

Harden berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Program Mesra Rakyat bertempat di Rumah Bunya, Empadi Batu Lanchau, Undop, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu para ketua kaum kata beliau juga harus melaksanakan peranan yang di amanahkan kepada mereka dengan penuh bertanggungjawab serta komitmen tinggi demi memastikan pembangunan di negeri ini dapat diteruskan.

“Oleh itu ketua kaum termasuk Tuai Rumah perlu lebih aktif bergaul dengan para ketua jabatan kerajaan demi memudahkan urusan yang perlu dilaksanakan terhadap penduduk tempatan daripada masa ke semasa,” katanya.

Harden menerusi berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 untuk JKKK Rumah Bunya dan RM3,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang terbabit.

Tamat...

No comments:

Post a Comment