Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 August, 2010

Jalan berlubang di Tamu Dua Tingkat perlu diperbaiki



Caption: PERLU PERHATIAN...Lubang berbahaya di tapak Pasar Tamu Sri Aman yang lama ini perlu dibaiki oleh pihak berkuasa tempatan demi kebaikan bersama semua pihak selepas ini.

SRI AMAN, Khamis (5 Ogos) – Penduduk meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk memperbaiki semula laluan berlubang yang terletak berhampiran dengan kawasan parkir lama, tapak Pasar Tamu lama dalam bandar Sri Aman.

Seorang penduduk, Nasir Mohammad, 18, memberitahu laluan berlubang ini amat berbahaya kerana timbulnya beberapa batang dawai besi yang boleh menimbulkan kecederaan terhadap pejalan kaki dari sekitar bandar ini.

“Masalah laluan berlubang ini mula timbul semenjak dua minggu lepas. Isunya di sini ialah penduduk sering menggunakan laluan ini untuk membeli belah ke Market Tamu Dua Tingkat yang terletak tidak jauh dari situ.

“Risiko kecederaan boleh timbul terhadap pejalan kaki sekiranya mereka tidak berhati-hati menuju ke Pasar Tamu Dua Tingkat atau pun ke lain-lain destinasi perniagaan dalam kawasan sekitarnya,” menurut beliau.

Justeru seorang penduduk, Zul bin Jemat, 40, berharap agar pihak berkuasa tempatan mengambil langkah segera untuk menurap semula laluan jalan berlubang berkenaan demi kebaikan semua pihak selepas ini.

“Lagipun masalah laluan berlubang ini bukan sahaja mendatangkan risiko kecederaan terhadap pejalan kaki malah boleh memberi masalah terhadap tayar kenderaan pengguna yang sering parkir di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu kawasan tapak Pasar Tamu Lama, Sri Aman yang terletak bersebelahan Stesen Bas Sri Aman menjadi tumpuan ribuan orang penduduk pada hari yang mahu melaksana urusan masing-masing selama ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment