Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 August, 2010

30 peserta wanita join Program Kraf Kreatif

LUBOK ANTU, Isnin (2 Ogos) - Seramai 30 peserta wanita mengambil bahagian dalam Program Kreatif anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) di Dewan Saint Philip, Lubok Antu baru-baru ini.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu kesemua 30 orang peserta ini telah di bahagikan kepada tiga buah kumpulan dalam program berkenaan antaranya Kumpulan Jahitan / Sulaman Manik, Kumpulan Anyaman Nilon Berwarna dan Kumpulan Anyaman Rotan Pulur.

"Program latihan bersifat outreach seperti krafkreatif ini mampu menyediakan latihan kemahiran untuk lebih ramai wanita khusus sekali bagi wanita berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan luar bandar.

"Pihak kita menerusi program ini mahu membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang jahitan atau kraftangan yang boleh dikomersialkan disamping menyediakan maklumat keusahawanan untuk mengalakkan para peserta menceburi bidang perniagaan selepas ini," katanya.

Menerusi program ini pihak MPWK katanya telah menyediakan latihan menjahit pakaian, kelengkapan rumah, jahitan manik, sulaman, pembuatan aksesori, perhiasan diri, cenderamata, gubahan hantaran dan pembuatan kraftangan dengan menggunakan teknik 'dacoupage'.

Pihak MPWK katanya telah menyediakan kit yang mengandungi kursus untuk setiap peserta, perkakasan kursus seperti mesin jahit, glue gam dan gunting untuk kegunaan kursus dan nota kursus bagi menjayakan latihan terbabit.

"Kesimpulannya Program Kraf Kreatif adalah merupakan salah satu inisiatif dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam projek ekonomi sejajar dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu bagi mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan wanita menerusi projek keusahawanan.

"Justeru pihak kami berharap agar kaum wanita memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang mereka peroleh menerusi program berkenaan demi menaikkan status ekonomi mereka di masa akan datang," katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment