Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2009

Negeri pembangkang bergolak kata Shafie

LUBOK ANTU, Isnin (8 Jun) – Pihak pembangkang kini sedang menghadapi krisis politik di negeri pegangan mereka seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang berdasarkan kepada beberapa isu yang sedang terjadi di negeri itu pada masa sekarang.

Justeru perbalahan berhubung krisis politik dikalangan komponen parti pembangkang berkenaan secara tidak langsung telah mendedahkan kelemahan mereka dalam mentadbir sesebuah negeri kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Haji Apdal.

“Kemudian mereka datang di negeri ini (Sarawak) dan berjaya menaikkan semangat para penyokong menerusi janji yang dinyatakan walaupun pada zahirnya parti mereka kini sedang menghadapi krisis di tiga buah negeri.

“Ini telah mendedahkan kelemahan mereka sendiri (janji kosong) kepada semua pihak. Namun apa yang harus kita bimbangkan sekarang ialah sekiranya budaya mereka ini menjadi ikutan orang dari negeri ini,” katanya ketika berucap pada sesi lawatan ke Rumah Manai Jalak, Nanga San Panjai, Lubok Antu di sini hari ini.

Selain itu beliau juga mahu rakyat di negeri ini untuk tidak mudah percaya dengan dakwaan palsu yang dibangkit oleh pihak terbabit ketika mereka datang ke sini untuk tujuan politik.

Rakyat di negeri ini menurut beliau sepatutnya sudah tahu mengenai perkembangan krisis politik yang membabitkan komponen parti politik pembangkang berkenaan di mana ianya tidak secara langsung telah mendedahkan kelemahan mereka dalam melaksanakan urusan tadbir negeri sebelum ini.

“BN sebaliknya bertindak segera untuk menunaikan janji mereka terhadap rakyat dan bukan seperti pihak pembangkang hanya lebih mementingkan kepentingan politik mereka berbanding rakyat.

“BN juga mempunyai rekod bersih dalam melaksanakan hal pentadbiran negeri di bawah pegangnya. Jadi saya mahu rakyat sendiri menilai parti mana yang terbaik untuk mereka berdasarkan kepada perkara ini,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment