Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 June, 2009

Modal insan sebagai pelaburan pembangunan negara - Rayong


Caption: TERIMA KASIH...Rayong (kiri) sedang menerima cenderamata dari Tr Will (kanan) ketika berlangsungnya majlis semalam.


SRI AMAN, Sabtu (13 Jun) – Modal insan berkualiti adalah merupakan pelaburan penting untuk memastikan kesinambungan pembangunan negara pada masa akan datang kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Menurut beliau, modal insan ini amat penting untuk memastikan bidang politik, ekonomi dan sosial negara terus diisi oleh barisan muka baru yang lebih berkaliber, berwibawa dan berkebolehan dalam meneraju arus pembangunan hidup penduduk.

“Tanpa barisan modal insan berkualiti, kerajaan akan berdepan dengan masalah untuk meneruskan pelbagai pelan pembangunan negara yang merangkumi semua aspek hidup penduduk.

“Jadi adalah penting bagi semua pihak untuk memandang serius akan perkara ini. Kita tidak mahu negara kita ‘runtuh’ gara-gara disebabkan kekurangan barisan modal insan yang berkualiti dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau sempena Perayaan Gawai anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah Will, Stuga, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman semalam.

Selain itu kehadiran pihak pembangkang di negeri ini katanya hanyalah untuk menghasut rakyat dengan memutar-belit pelbagai isu supaya rakyat ‘terlena’ dan tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada mereka.

“Saya rasa adalah tidak wajar jika rakyat memilih parti seumpama ini untuk membela nasib hidup mereka berbanding dengan pihak BN yang sentiasa turun padang bagi meninjau hidup rakyat secara lebih dekat..

“Saya yakin rakyat di negeri sememangnya cukup bijak untuk menilai sumbangan yang telah kerajaan BN berikan kepada mereka selama ini berbanding dengan pihak pembangkang,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak itu turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Parlimen P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin Ancheh dan para ketua kaum dari sekitar daerah kecil berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment