Caption: GUNA DENGAN BAIK……Dr Rayong menyampaikan geran MRP ke Tr Uncit, Geligau dalam majlis itu sambil disaksikan Nyalau (dua kiri).
SRI AMAN, Rabu (10 Jun) – Anak-anak kaum Dayak dari kawasan luar bandar tidak harus merendah diri semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah pada suatu hari ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa.
Ini kerana menurut beliau proses pembelajaran serta guru yang ditugaskan untuk mengajar di kawasan pedalaman adalah sama tarafnya dengan guru yang mengajar di bandar.
“Cuma perbezaannya di sini ialah persekitaran dan lokasi. Semuanya adalah sama sahaja... jadi janganlah merendahkan diri meskipun menuntut di sekolah yang dikelilingi oleh hutan rimba serta jauh dari bandar,” jelas beliau ketika berucap pada majlis Sukan Darat Sekolah Rendah (SK) Empelam di Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.
Rayong juga menasihatkan anak kaum Dayak untuk melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan dengan secukupnya sebagai modal untuk menghadapi cabaran zaman akan datang.
Dalam era globlisasi yang penuh mencabar menurut beliau seseorang individu itu memerlukan kekuatan intelektual dan mental agar sentiasa dapat bersaing dengan keperluan kehendak semasa.
“Sehubungan itu diharapkan agar pendidikan cemerlang dapat menyediakan asas ke arah melahirkan modal insan yang lebih berkualiti demi memenuhi keperluan sektor pembangunan negara di masa akan datang,” katanya.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pegawai Penerangan Parlimen P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin Ancheh dan para ketua kaum dari sekitar daerah kecil berkenaan.
Tamat....
Feel free to visit my news blog here also: newsriamannews.blogpsot.com
Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman
Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.
10 June, 2009
Anak-anak jangan rendah diri ke sekolah menengah kata Rayong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment