Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2009

Dekat hotel pun boleh banjir da..

SRI AMAN, Ahad (7 Jun) – Pemilik laman web sarawakupdate.com.my yang terkenal pada masa sekarang, Abdul Hakim Bujang bersama keluarganya buat pertama kali telah mengalami peristiwa ‘banjir’ di bilik tingkat dua sebuah hotel tempatan dalam bandar ini petang semalam.

Beliau bersama ahli keluarganya tiba dari Kuching dan menyewa sebuah bilik di tingkat dua hotel terbabit sebelum keluar untuk melihat Pameran Raja-Raja yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XIII Peringkat Negeri Sarawak di sini pada jam 3.30 petang semalam.

“Setelah melihat aktiviti Pameran Raja-Raja di kawasan bawah Perpustakaan Majlis Daerah Sri Aman, kami sekeluarga kemudiannya pergi bersiar-siar di kawasan perkampungan dalam bandar ini sebelum berhasrat untuk pulang kembali ke hotel tersebut pada jam 5 petang.

“Ketika sampai, seorang petugas kaunter hotel berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa alat pendingin hawa dalam bilik kami telah mengalami kerosakan dan menyebabkan ‘banjir’ di seluruh ruang bilik tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Kejadian banjir ini menurut Hakim telah menyebabkan beg pakaian, beg simpanan dua komputer riba, ‘modem’ internet, kamera digital dan video decodernya yang diletakkan atas lantai bilik sebelum ini telah basah.

Bagaimanapun ketika masih menyiasat punca kejadian tersebut, pengurus hotel berkenaan menurut beliau telah menelefon dan memaklumkan bahawa punca kejadian ini sebenarnya disebabkan oleh masalah kerosakan tangki tandas dalam bilik berkenaan.

“Pengurus hotel berkenaan mendakwa bahawa pekerjanya tidak memaklumkan masalah kerosakan tangki tandas tersebut kepada pihak pengurusan sebelum ini dan menawarkan bilik penginapan yang lain untuk kami anak beranak.

“Tetapi kami beranak tidak boleh menginap di sini kerana semua pakain telah basah. Justeru saya menuntut pihak pengurusan hotel berkenaan untuk memulangkan semula wang sewa bilik hotel terbabit atau tidak saya akan menfailkan saman berhubung hal tersebut,” katanya.

Setelah berunding katanya pihak pengurusan hotel akhirnya bersetuju memulangkan kembali wangnya walaupun mereka pada mulanya hanya mahu membayar separuh daripada jumlah wang sewa berkenaan.

“Pastikan segala kemudahan dalam bilik berada dalam keadaan yang baik sekiranya mahu menjadikan hotel ini sebagai yang terbaik dari segi tawaran perkhidmatannya untuk pelanggan di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment