Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2010

Warga emas eksiden moto langgar kereta

SRI AMAN, Khamis (2 Dis) – Seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan serius di kawasan bahu setelah terlibat dalam kemalangan di kilometer 4, Jalan Sri Aman / Serian sekitar jam 11 pagi hari ini.

Kejadian yang berlaku di persimpangan jalan masuk menuju ke Stesen Minyak Shell KSM itu membabitkan pertembungan antara motorsikal jenis Yamaha 100 Sport dan kenderaan Proton Iswara berwarna hijau.

Sumber ketika dihubungi memberitahu mangsa terbabit dipercayai sedang menunggang motorsikalnya dari arah kawasan Temudok menuju ke pusat Bandar Sri Aman sebelum berlaku kejadian tersebut.

Ketika mangsa menghadiri simpang jalan masuk menuju ke Stesen Minyak Shell KSM, sebuah kenderaan Proton Iswara yang datang dari arah pusat bandar dipercayai tiba-tiba membelok masuk ke stesen minyak berkenaan.

Kejadian mengejut ini kata sumber dipercayai menyebabkan motorsikal yang ditunggang oleh mangsa berkenaan merempuh kenderaan Proton Iswara dari arah sisi kiri sebelum melambung ke kawasan bahu jalan.

Mangsa yang dipercayai pengsan sebaik sahaja berlaku kemalangan terbabit kata sumber kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bahagian Sri Aman oleh sebuah ambulans yang secara kebetulan sedang melalui kawasan berkenaan.

“Lima minit kemudian, sebuah lagi ambulans dari Hospital Bahagian Sri Aman tiba di tempat kejadian kemalangan sebelum berpatah pulang semula ke hospital apabila mendapati mangsa tiada di situ.

“Pujian harus diberikan kepada pihak ambulans yang pertama kerana menjalankan tanggungjawab menyelamatkan mangsa tanpa menunggu arahan daripada pihak hospital,” kata sumber.

Tamat.

No comments:

Post a Comment