Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 December, 2010

Wanita perlu perlengkap diri dengan ilmu - Hasidah



Caption:

1.TAHNIAH...Hasidah (kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan memasak bersempena dengan program berkenaan.

2. FOKUS...Antara tetamu yang hadir pada majlis berkenaan di Dewan Panglima Rentap Betong.

Saleman Senin

BETONG, Jumaat (3 Dis) - Wanita perlu melengkap dan menguasai ilmu untuk pembangunan negara, diri dan keluarga selepas ini demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali.

Katanya wanita perlu bertindak sedemikian mulai sekarang memandangkan ia amat penting dalam menangani cabaran dan tugasan seharian dalam diri masing-masing dari masa ke semasa.

“Kerajaan sentiasa merancang pelbagai program ilmu untuk wanita agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan yang berguna dalam pembangunan diri dan kemajuan keluarga masing-masing.

“Justeru saya berharap agar golongan wanita agar melibatkan diri dalam apa jua program yang dirancang oleh kerajaan agar mereka mampu mengharungi pelbagai cabaran yang semakin meningkat dalam negara ini di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2010 bertemakan ‘1 Azam Wanita 1 Malaysia’ peringkat Parlimen P.204 Betong di Dewan Panglima Rentap Betong kelmarin.

Selain itu usaha golongan wanita berhubung perkara ini kata Sharifah juga dapat menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan masalah kemiskinan dan kes keganasan rumahtangga yang melibatkan golongan wanita serta ibu tunggal selepas ini.

Terdahulu program anjuran oleh Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga(MPWK) P.204 Betong ini dihadiri seramai 20 orang peserta dari kawasan Betong.

Hadir sama ialah PTS Pejabat Daerah Betong, Rohani binti Sejeli, merangkap setiausaha MPWK P.204 Betong, isteri Residen Bahagian Betong, Datin Grace, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

Majlis turut diserikan lagi dengan ceramah pembangunan wanita, pertandingan memasak, kempen derma darah, pameran pembangunan bersama Kraftangan Betong dan Bengkel Jahitan Kemas Kampung Tengah Betong.

Hasidah juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada Hajah Dayang Jelita binti Abang Zaini yang dinobatkan sebagai johan pertandingan memasak dan juga kepada pemenang kedua serta ketiga iaitu Rakayah binti Saibi dan Puan Faridah binti Rajuna.

Tamat.

No comments:

Post a Comment