Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2010

Renung kembali sumbangan BN - Nyalau


Caption: TERIMALAH....Nyalau (tengah) menerima cenderamata daripada Tr Masam (tiga kiri) dalam majlis itu. Turut kelihatan Roslley (dua kanan) dan Geoffery (kanan sekali).


LUBOK ANTU, Sabtu (18 Dis) – Rakyat diminta merenung kembali sumbangan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memajukan kawasan penempatan masing-masing selepas ini demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Menurut beliau kerajaan yang diteraju oleh BN banyak memberikan sumbangan penting dalam memajukan hidup rakyat termasuk dari segi penyediaan kemudahan asas, perhubungan, pendidikan dan pelbagai lagi.

“Oleh itu saya meminta rakyat untuk memikirkan sejauh mana sumbangan pihak BN dalam memajukan hidup mereka selama ini berbanding dengan sumbangan pihak pembangkang,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Masam, Engkaras, di Skim Penempatan Semula Fasa II Batang Ai, disini baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan rakyat dalam kawasan Parlimen Lubok Antu untuk sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang.

“Kita akan bekerja untuk rakyat dengan berbekalkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bagi memastikan taraf hidup rakyat dipertingkat dari masa ke semasa menerusi gagasan ini,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Lubok Antu James, Roselly Robert Resa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pembantu Penerangan Daerah Lubok Antu, Dennis Tandat dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Kanan Daerah Lubok Antu, Geoffery Unding.

Tamat....

No comments:

Post a Comment